Rabu, 2009 November 11

mari kita mengumpat...sebanyak mungkin !

ingat orang yang mengumpat bersama kita hari ini
mungkin akan mengumpat kita didepan orang lain..
mengumpat dan penipu saling berhubung kait
umpatan tersebar dengan pantas dan selalu dibualkan.
KAKI MENGUMPAT TIDAK PERNAH MENCERITA
MENGENAI DIRI SENDIRI
mengumpat lebih menekankan kepada apa yg
DIDENGAR
oleh mereka bukannya apa yang mereka
DENGAR
pujangga ilmu menyatakan
rata2 orang mengatakan tentang orang lain
orang yg sederhana memperkatakan
tentang perkara harian
orang hebat memperkatakan mengenai pendapat
pengumpat tidak menhormati keadilan
KITA BERTANYALAH PADA DIRI.
jika kita terlibat + terdengar
adakah ianya benar
adakah ianya baik
adakah ianya perlu
adakah saya menyebar khabar angin
adakan saya seronok menyebarkan khabar angin
adakah berbualan saya bermula
JANGAN BERITAHU ORANG LAIN
dari jinggo
dunia hari semua orang mahu jadi pemenang
dunia sosial semasa
dunia politik semasa
dunia politik maya.
proses untuk jadi pemenang kadang2 kita tersasar.
orang2 hebat mengatakan tentang pendapat.
diolah dari buku U Can Win - Shin Kera

MESTI BACA

kegagalan bukan satu kejadian yang mendatangkan
bala bencanakita tidak gagal mendadak. kegagalan adalah hasil daripada tidak dapat mengelak himpunan
pemikiran dan pilihan yang kurang tepat.
lebih mudah lagi , kegagalan tidak lebih dari
beberapa kesilapan dalam pertimbangan yang kita buat.
PASTINYA
tidak berlaku sekelip mata.
PERCAYALAH
kesakitan dan kekesalan mengenai kesilapan membuat keputusan kadang2
dilengahkan ke masa depan.kesannya jarang berlaku sekelip mata :
sebaliknya ia berhimpun sehingga tidak dapat dielak.
dan ada harga yang perlu dibayar
kerana membuat
kesilapan yang kita pilih.
KEGAGALAN TIDAK MENJERIT
tanda amaran memberitahu kita
SETERUSNYA
kegagalan dikaitkan dengan keputusan dan pilihan.

Selasa, 2009 November 10

semua mahu dihormati....

ketika seorang ahli samseng ditanya kenapa membawa pistol
SEBELUM SAYA MEMILIKI PISTOL
SAYA TAK DIHORMATI
KINI SAYA DIHORMATI.
kita semua mahu dihormati
sehinggakan ada orang yang memilih kerjaya tertentu semata2
untuk mendapat penghormatan
PERASAAN HORMAT
ada hubungan dengan harga dan keyakinan diri
MENGHORMATI BERMAKNA MELAYAN ORANG SEBAGAIMANA
ANDA MAHU ORANG MELAYAN ANDA.
menurut satu pandangan
insan yang menghormati orang lain menjadi pendengar yang baik
bertimbang rasa - akur dengan hak sendiri dan citarasa oran lain.
dari jinggo
itu satu lagi fitrah manusia.
dimana2 pun kita mahu dihormati
dan bagaimana kalau kita tidak dihormati.
anak tak lagi homat makayah
anakmurid tak lagi hormat cgu2
rakyat tak lagi hormat PM
kawan2 di blog tak lagi menghormati sesama.
SETIAP MANUSIA YANG WUJUD DISINI
MEMPUNYAI PERANAN MASING2
SAMADA KITA BERSETUJU DENGAN APA
YANG MEREKA LAKUKAN @ TIDAK.
kepada saya.
amat meyakini kepada konsep
ini pandangan saya
saya menhargai pandangan anda

hari yang teruk

Mungkin ini yang dikatakan
PENGARUH KUASA TARIKAN
serba tak kena.
seawal pagi.
talian internet kat rumah rosak.
kereta tak mahu hidup
bateri lupa tutup
dah keluar.jiran call
paip tak tutup.
lagi malang - seterika pun tak tutup.
NAK JUMPA KAWAN
janji pagi - ditunda pukul 4 ptg
dari rumah ke Pekan Bukit Beruntung.
5 km - berjalan kaki.
orang lalu lalang - sorang pun tidak ada
keinginan nak berhenti.
BUAT N3 BARU PASAL ' VIRUS ' DI DUNIA BLOG
ada tetamu ' warning '. N3 tu tidak sesuai kalau tidak...
ANAK2 CALL
nak duit beli itu dan ini .
SEKARANG
kesimpulan hari ini.
saya akan stop disini dari berurusan dengan orang.
saya kirakan ada yang tidak sempurna dimana2.
mungkin yang terbaik.
ke masjid Bukit Sentosa.
dan menanti esok.
STOP

Isnin, 2009 November 09

hidup mesti begini...

Dr David M. Burns menyatakan
individu yang ' sempurna ' cenderung memiliki ' standard ' yang tinggi dalam segala hal terutamanya berhubung dengan dirinya.
dikatakan biasanya ' standard ' tersebut telah di program sejak kecil lagi.
DIKATAKAN
dalam kadar tertentu - sifat ' kesempurnaan ' boleh menguntungkan
kerana keinginan untuk melahir kesempurnaan.
tetapi ada juga yang terdorong kearah negetif.
INDIVIDU JENIS INI BIASANYA HOBINYA
ADALAH MENKRITIK DIRI SENDIRI.
dan sering beranggapan setiap kerja yang dilakukan ada sahaja yang tak kena.
bagaimanapun sifat ini biasanya cenderung berakhir dengan kekecewaan.
MENGEJAR KESEMPURNAAN UMPAMA
BERUSAHA UNTUK MENANGKAP ANGIN.
kesan dari karektor ini
sering tertekan
dengan standard yang ditetapkan kadang2 menjadi kelompok sentiasa berada dalam tekanan.
sakit hanya disebab mencari kesempurnaan
sukar berkerjasama
kerana standard tidak sama dengan orang lain.
dan ketidakupayaan untuk menyamaratakan standard menjadikan
kelompok ini terlalu sukar untuk bersosial.
dikatakan juga sikap tidak mudah berkompromi dengan standard menjadikan
beban dalam hubungan sosial
kalah sebelum bertanding
berdasar satu bacaaan menyatakan : orang begini biasa beranggap
jangan berani mencuba andai kita merasa akan gagal
akhirnya tidak ada perkara baru dalam hidup.
kegembiraan tersekat
dalam hidup kelompok ini tidak pernah berhenti berfikir
mana tidaknya - setiap apa sahaja yang dilakukan perlu dibuat kajian walaupun isu yang remeh temeh.kesannya kelompoknya tidak akan merasa gembira kerana sering dihambat dengan perasaan berdebar2 dan takut apa yang dilakukan berhadapan dengan kegagalan.
DARI JINGGO
saya kerap berurusan dalam hubungan sosial dan urusan2 perniagaan.
kesan ketara dari pengalaman
RATA2 KELOMPOK INI
memilih untuk hidup bujang @ tidak berpasangan.
mungkin berfaktor kepada kesukaran untuk menyamaratakan ' matlamat ' dikala bersosial.
dan saya yakin
HIDUP INI TIDAK PERLU TERLALU IDEAL
SEMUANYA PRAKTIKAL
lawan kepada kelompok ini adalah
KELOMPOK CINCAI.
macamana kalau semua diambilmudah.
janji siap.
lagi susah.
Rujukan hasil tulisan Dr David dalam Majalah Remaja.

Ahad, 2009 November 08

first time............

budak ni tak pernah masuk sungai seumor hidup.
tengok sungai macam kita yang normal tengok dinosour.sedang di pujuk oleh cgu.
mungkin ini kali pertama ' amoi ' ini di ' dera ' fizikalnya tapi amoi ni - memilih untuk melakukan.
first time dalam tempoh 10 tahun menjadi cgu pendidikan luar
budak mandi sungai dan hilang baju. maka balik lah kem tanpa baju.
bagaimana berhadapan dengan semua yang first time
dikatakan ada dua keadaan yang berbeza :
samada first time itu
kita yang mahu
kita yang terpaksa mahu
KESANNYA TENTUNYA BERBEZA
first time yang kita mahu
tentunya kita sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan ' first time '
cuma kita mungkin lebih berhati2.
first time yang kita terpaksa mahu
KITA HANYA SEKADAR LALUI
dan tentunya kita tidak memilih yang melakukan
dan kita tak belajar apa2
APAKAH PERKARA FIRST TIME PADA KITA.
dari jinggo
tentunya perkara first time yang saya mahu
naik kapalterbang dan duduk di negara orang
yang serba tidak kenal sesiapa.
perkara first time yang saya tak mahu
masuk mahkamah.
terimakasih ikmal + zack + iman dan guru2 sk bandar utama 4.

Khamis, 2009 November 05

ada idea tak...

MINGGU peperiksaan sudah berakhir. Buku-buku teks pinjaman juga telah dipulangkan. Inilah waktunya pelajar-pelajar 'berbulan madu' menunggu saat-saat akhir cuti persekolahan penggal yang akan tiba dua minggu lagi.
Jika di rumah, selain menonton televisyen, aktiviti yang paling popular ialah permainan komputer dan melayari Internet.
Penggunaan Internet yang keterlaluan telah menjadi satu masalah yang perlu dipandang serius oleh semua pihak terutama ibu bapa bukan sahaja di negara ini malah menjadi masalah sejagat.
Kanak-kanak dilihat sebagai paling terdedah apabila melayari web dan mudah menjadi mangsa gangguan dan pengintipan. Terdapat pelbagai sumber yang boleh didapati di dalam talian yang memberi tumpuan terhadap isu ini dan perkara lebih penting ialah pendekatan proaktif yang diambil oleh semua pihak untuk mendidik kanak-kanak.
Pakar Psikiatri Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, di Portland, Amerika Syarikat, Dr. Jerald Block, dalam tulisan editorialnya untuk American Journal of Psychiatry berkata,
masalah penggunaan Internet kini sudah menjadi serius di seluruh dunia dan tidak mustahil suatu hari nanti ia akan dianggap sebagai salah satu penyakit mental.
Menurut Dr. Jerald, beberapa kajian yang telah dibuat di beberapa negara mendapati masalah ketagihan Internet di negara berkenaan sudah mencapai tahap yang sebegitu
serius sehingga kerajaan terpaksa mengambil langkah untuk
mengatasi dan membendung masalah tersebut.
Di Korea Selatan pula, bagi menangani masalah ketagihan Internet ini, kerajaannya telah melatih 1,043 kaunselor bagi merawat ketagihan Internet dan menyenaraikan kira-kira 190 hospital dan pusat rawatan untuk tujuan ini.
Malah sebahagian ibu bapa di China yang berhadapan dengan anak-anak yang ketagihan Internet sanggup menghabiskan kira-kira RM4,680 sebulan untuk merawat anak mereka di klinik yang dikhaskan oleh kerajaan untuk merawat ketagihan Internet .
DAN KITA BAGAIMANA
memang ini ' musim ' ni.internet kita dan anak2.
hari ini ini diantara kemudahan yang memberi kesan positif dan negetif pada kita.
teknologi dan informasi di luar batasan sempadan.
HASIL DARI PENGAMATAN.
terlalu sukar untuk menjauhkan anak2 dari
kesan perubahan ni.
INTERNET + BLOG + FACEBOOK DAN JINGGO
kesan dari 2 sudut yang berbeza.
dari sudut peningkatan minat membaca.
tidak dinafikan
peningkatan kerjaya
cukup menarik
peningkatan kawan sosial
cukup memberangsangkan.sehinggakan kadang2 hanya batasan
kewarasan sahaja yang membezakan.terlalu terbuka.
kita waras untuk memilih kawan
bagaimana dengan anak2.sejauhmana warasnya anak2 memilih persahabatan sosial.
ini yang berlaku pada apa yg pernah berlaku.
satu lagi punca gelaja sosial adalah teman sosial maya.
KITA SAMA FIKIRKAN BAGAIMANA.

 
CERITA JINGGO - © 2007 Template feito por Templates para Você