Isnin, 6 Oktober 2008

kisah aku - bangku hadapan dewan kuliah




ini kisah aku , bangku di hadapan dewan kuliah.ini kisah sedih , mungkin nasib kawan2 bangku hadapan memang sudah di aturkan macam ni.tak seperti bangku2 di belakang - meriah - tidak pernah surut dengan orang -ada orang main sms.ada orang gelak2. ada orang geli2.seronok jadi bangku di belakang - kadang2 ada yang makan & tidur. tidak seperti nasib aku bangku hadapan. orang takut duduk depan - dari kawan2 yang senasib dengan aku ( dimana2 pun ) nasib bangku dihadapan sama. disurau.dikuliah.seminar...dan majlis makan2 pun nasib aku masih sama.dan aku selalu dengar cerita kawan2 - diantara perkataan yg sinonim dengan bangku dihadapan ( tuan & puan sila penuhkan kerusi dihadapan..)

aku dah tak tahan - setiap kali dewan kuliah bermula.rakan bangku dihadapan adalah beberapa orang duduk..tapi kesian.budak2 yang duduk bangku depan selalu kena kutuk - tu nak bodek pensyarahlah tu - aduhai budak2 kerusi depan - tak apa , aku tahu dah ramai orang2 berjaya di UM ni ( ada yg dah jadi pemimpin besar ) duduk bangku depan. dan aku semacam dah tahu kenama sudahnya orang yg suka di bangku belakang..... . jadi aku menyeru kepada rakan bangku dihadapan - kita jangan susah hati tidak semeriah kerusi di belakang sebab ada orang hebat ( bakal hebat ) pernah menyinggah disini dulu.....

moral untuk aku : biasakan duduk bangku depan.memang , pensyarah nampak.tak boleh main sms , mms , gelak2 dan geli2.....akhirnya fikirlah sendiri....dan aku sendiri dah penah nak suruh orang duduk depan.....

9 ulasan:

Tirana berkata...

Salam Jinggo...

Saya paling suka duduk di bangku depan..Kalau dok di belakang, sure tak boleh concentrate sebab macam2 bunyi ada. Dari sekolah sampai ke Universiti memang saya duduk di depan. Tapi dalam solat p'an kena duduk di saf belakang.

jinggo berkata...

gitulah puan - susah ke duduk depan - rasanya tidak mahu menyalah itu dan ini. tapi itulah kita ( keseluruhan ) - sampai nak suruh makan pun mesti cari kerusi belakang.....saya dah menyimpul beberapa pandangan : diantara ciri2 yg hebat adalah orang duduk kerusi depan.......dalam mesyuarat pun begitu.......

Tirana berkata...

Kalau di sekolah dulu, student takut duduk kat depan sebab kena soal bertalu-talu oleh cikgu.. Saya rasa tak juga sebab yang duduk di belakang pun kena. Dalam meeting biasanya takut ditanya pendapat tapi semua alasan itu tak berasas sebab orang duduk di belakang pun biasa ditanya pendapat..

Duduk di depan, rasanya tak bebas..sentiasa diperhati gerak geri oleh cikgu. Murid-murid yang duduk di depan biasanya murid-murid yang memang datang sekolah nak belajar sesuatu bukan sekadar untuk suka-suka atau nak main-main..student yang ada matlamat..sebab tu la ciri-ciri orang hebat ialah orang yang dok di depan walaupun bukan semua begitu tapi kebanyakannya memang begitu.

jinggo berkata...

itulah ceritanya.duduk kat depan memang tak selesa.tapi kena biasakan - pada saya duduk kat depan : dekat dengan cgu - boleh bertanya...tapi dikata pula BODEK cgu...akhirnya hari ni LU SAPA GUA SAPA.....( dan kita ) sebab duduk depanlah boleh belajar sampai luar negeri.....

Miss Jaz berkata...

salam mr.jinggo..thanks coz siudi lawat my blog..satu penghargaan rasanyer..ye la,sapa la saya..then u ada masa nak kongsi cerita ngan saya.thanks..actually mak saya yang asal teluk intan..kat kg.padang tembak..skang nie teluk intan dah banyak berubah..bila lagi nak turun teluk intan?

IZZUDDIN ALI berkata...

Bro Jinggo, bukankah dok di depan itu rahmatnya banyak, terutama dalam majlis ilmu.

Dalam solat jemaah, makmum paling dekat dengan imam lebih banyak fadhilatnya.

Biasanya bangku depan lebih elok daripada yang di belakang.

Tak gitu, bro?

jinggo berkata...

kepada cgu mis jazz - saya balik kg bermusim.alasannya sama aja kut....tapi insyallah : semuga mastan ghandi.jam condong akan mengamit saya untuk balik selalu ke kampung....terima kasih.

jinggo berkata...

cgu izuddian : itu kata kita - seorang pendidik - untuk memberi dan mendapat yg terbaik - student mesti duduk depan.tapi hakikatnya budak sekarang , dah jadi budaya....suka duduk belakang.....kesian bangku depan

Sharifah Hassan berkata...

Salam,

Bangku belakang...nikmat yang tak ada di bangku depan!

kalau bangku depan boleh dijadikan seperti bangku belakang...sayalah orang pertama yang akan duduk di bangku depan!

Moral saya: Kenapa persoalkan di mana bangku itu berada sedangkan kita boleh letak dimana-mana je!

Peranan kita atau peranan bangku tu yang lebih penting??

Eco Kid Adventure on Facebook