Selasa, 29 Disember 2009

kenapa lelaki nak kahwin dua...

jodoh yang kita pilih mencerminkan keperluan jiwa kita.
setiap orang berkahwin atas 2 jenis keperluan
keperluan am + keperluan khusus
KEPERLUAN AM
menjadi faktor menarik untuk menjadIkan kenapa lelaki tertarik untuk memilih seseorang wanita itu menjadi isteri.ini merupakan faktor penarik yang kuat
diantara keperluan am - wang , cinta dan sex selain kasih sayang.
FAKTOR PENARIK
tidak sekuat
FAKTOR PENOLAK
berdasarkan kajian dari buku
Seks dan Psikologi tulisan Prof Abdullah Hassan
lelaki mungkin tertarik kepada perempuan lain disebabkan perempuan itu memenuhi keperluan2 khususnya.keperluan khususnya terdiri daripada keperluan
psikologi
termasuklah segala keperluan emosi , intelek dan rohani.
keperluan psikologi dikaitkan dengan keperluan estim- diri
antara keperluan estim - diri termasuklah hasrat inginkan dirinya
supaya dicinta.dipuji.dipuja.disanjung.dihormati.dimuliakan.
dari jinggo
kenapa lelaki kahwin lagi
diantaranya keperluan khusus.
bukan lagi keperluan am.
apabila lelaki memilih isteri dua asasnya sama.
MEMENUHI KEPERLUAN ENSTIM - DIRI.
ada juga kajian menyatakan
BAGI SETENGAH LELAKI MEREKA
MENJADIKAN ISTERI KEDUA MEREKA SEBAGAI TROFI UNTUK
DIPAMERKAN SEBAGAI LAMBANG PENCAPAIAN PERIBADI.
kadang2 ini yang kita abaikan.
bagaimana kalau isteri pertama dilengkapi dengan semua keperluan.
am dan khusus tersebut.
mungkin tidak ada lagi kes suami berkahwin lagi
SEKADAR UNTUK DIJADIKAN TROFI.
perkahwinan melibatkan satu lagi seni kehidupan yang
kadang2 kita abaikan kepentingannya.
sebagaimana satu kata2 besar yang dinyatakan oleh seorang pujangga
perkahwinan @ hubungan sosial
kita umpama bermain saham.
KITA MELABUR
dan tentunya setiap pelaburan kita nak untung
KEUNTUNGAN EMOSI
kedua nya mahukan peningkatan estim - diri.
dan bagaimana kalau ' pelaburan ' yang merugikan.

23 ulasan:

blueCITY berkata...

salam jinggo..

hmmmmmm
sanggup ke nak jadi isteri kedua nih?
entah, belum cuba belum tahu,
hehehe...

laki mmg , kalo dah kuasa, ada duet mula lah nak test power. opss.. zaman la nih, laki yg tak berduit pun leh kawin 4 apa, huhuhu...

masing2 ada sebab dan keperluan sendiri.

ps:
bila nak belanja saya ni?
hahaha

Marzalina berkata...

nak komen pun tak pandai tentang beristeri 2 ni..tapi harap2 saya tak kena macam tu..huhuhu..pahitnya madu kan...

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam cikgu....kawen dua bleh...tapi kalau hanya sekadar untuk menenjuk2 kata diri tu hebat sangat baik tak payah...sebab prempuan ni bukan trofi untuk lelaki.....

HayatRaihan berkata...

salam jinggo..

sy just nak share sedikit pndgn...yg pernah sy dgr n baca before ni..

Kebanyakkan wanita terlalu emosi terhadap soal poligami...sehinggakan melampaui batas..sedangkan dalam islam hukumnya sah dan bukan wajib..

Mengikut bacaan , ianya menyatakan bahawa adalah di kira berdosa seorang wanita yg menolak poligami kerana ianya dtg dari Allah..mmg sakit.tp itu la kenyataan..

Hadapilah perkara ini dgn hati terbuka..

Buat para lelaki, berhikmah la ketika berbincang ttg perkara ini..

- jinggo - berkata...

blue
kenapa lelaki kahwin muda.
rasanya jangan ambil mudah faktor2 diatas..
he...
skill perkahwinan kita kena belajar...dulu.sebelum nak salahkan lelaki ha....
ha...

- jinggo - berkata...

intan
tak mahu bermadu.
kekalkan semua keperluan suami- mudahkan..
tapi jangan takut.semua boleh dipelajari..

- jinggo - berkata...

alimaz
sepatutnya begitu.
tapi dari pengalaman saya - tak macam tu...
ada kawan2 bila nak kahwin dua : memang setengah2 mula menjadi juri itu dan ini...
kesian bini muda.

- jinggo - berkata...

hayati
poligami cerita sensitf
sampai bila tidak ada kesudahnya bila kita berbincang dan meletakkan emosi diantaranya.
persoalan kita'
kenapa lelaki nak kahwin lagi.
itu ada persoalan....

zai berkata...

Ramai lelaki yang berkawin 2, akhirnya balik kepada isteri pertama dan meninggalkan isteri kedua kemudian berkata menyesal kerana melakukan kesilapan itu..akhirnya wanita juga yg merana...asasnya GAGAL MELAWAN NAFSU..tapi selepas kawin dan ditekan dari kedua-dua pihak..ramai yg mengambil jalan keluar membuat pilihan utk melepaskan salah satunya...malang sungguh orang2 yg bersikap macam ni..

Sulamankasihabadi berkata...

kenapa lelaki nak kawen dua???
mmg menarik...
sbb sekarang ni perempuan lebih ramai dari lelaki...kan..kan..org lelaki kat luar sana mesti suka dgr ye...

Kamsiah berkata...

emmm...akak pun nak kawen 2 jugak la cikgu..:)
baru adil...

- jinggo - berkata...

kak zai
berkahwin lagi satu
tidak semudah yg kita fikirkan..
sebab ianya melibat masa 24 jam.semua kena dikongsikan.
dan saya percaya - setiap satu berlaku berpaksi pada asas....

dan pada saya.
berkahwin lain - bermakna ada ilmu dan skill lain kena dimasukkan..

- jinggo - berkata...

uji
lelaki kahwin 2 - saya percaya berfaktor kepada sumber2 diatas...
kecuali.
memang lelaki tu gatai...ha...

- jinggo - berkata...

puan kamsiah
kalau pompuan kahwin 2 asasnya apa agaknya...
boleh ke..
he...

Tirana berkata...

hehehe..lelaki yang nak kawin dua kena ukur baju di badan sendiri...Perkahwinan bukan untuk nak seronok2 tapi ia merupakan tanggungjawab.

arryani berkata...

Baca dan cuba fahamkan nih...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

Perkahwinan bukan main-main. Tanggungjawab besar. Tapi, jika dalam perkahwinan ada faktor-faktor mcm tue.. mudah-mudahan laki tak cari lain.. kalau cari lain juga memang la.. apa-apa pun memang tak suka berpoligami.. tak suka berkongsi-kongsi. Memang nak untung. sama-sama nak untung. Jadi sama-sama faham lah.. moga tak kena bermadu.. minta simpang..

zaijb berkata...

salam cgu jinggo,

nak bagi pesanan kat org yg tersayang...
jangan nak ngada2... nak cari lagi satu..he...

Syd berkata...

Salam

Taboo masyarakat Melayu dalam perkhawinan adalah poligami.

Mudah di bicarakan, sukar di laksanakan.

Kadang kadang yang satu juga sudah tak ter"chara" ini pula lebih.

Pun begitu, bagi lelaki, andai mahu bertanggungjawab lebih, nikmat lebih, beringatlah, semuanya akan di tanya kelak.

Poligami adalah ubat masyarakat. Hanya yang sakit boleh makan ubat. Tak sakit jangan cari penyakit.

Zuraini bt Kamarudin berkata...

jinggo...
akak sokong syd...
bab tanggungjawab ditanya kelak...
lelaki yg tak adil dlm poligami ni akan jalan senget sebelah di akhirat nanti ...
mmglah kt dunia jalan tegap disamping bini muda...
tp diakhirat kelak...senget wahai lelaki yg berpoligami..fikir2kan lah

Ary berkata...

lelaki mungkin tertarik kepada perempuan lain disebabkan perempuan itu memenuhi keperluan2 khususnya.keperluan khususnya terdiri daripada keperluan
psikologi
termasuklah segala keperluan emosi , intelek dan rohani.
keperluan psikologi dikaitkan dengan keperluan estim- diri
antara keperluan estim - diri termasuklah hasrat inginkan dirinya
supaya dicinta.dipuji.dipuja.disanjung.dihormati.dimuliakan

sangat setuju...

*x kisah pong.... asal bahagia...

Zyma Saad berkata...

Salam Cikju Jinggo.....

Bab kahwin 2, 3, 4 nihhh....ada baik dan buruknya.
Kedua-dua pihak (si isteri & suami) perlu faham apa fungsi perkahwinan itu sendiri. Juga perlu tahu peranan yg perlu dimainkan dlm rumahtangga.

Semua org boleh kahwin byk...
Nikah hari ni, besok cerai. Then rujuk balik, lepas tu cerai lagi. Then ada juga yg sanggup minta cerai dgn suami demi nak kahwin lari dgn lelaki muda. Ini kisah perempuan. Kisah lelaki pun tak kurang hebatnyer, kan.

feeza berkata...

nikah N kawin..mmg best..dpt glamor terutama dpt kwin somebody..no 2 pun ok sbb nak glamor..itu kalu pompuan..laki plak..tua2 makin menjadi..maksudnya bini dah m.pause..air dah naik kapla..mesti cari yg muda nak tunjuk power...ermm..betui tak wahai lelaki?? jgn mare

Eco Kid Adventure on Facebook

layan2


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com