Isnin, 31 Ogos 2009

nak jadi kelapa @ mutiara...

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah...ada dua pilihan yang terbentang
pertama
kamu jadi seperti kelapa..
mudah di perolehi..
di parut.di perah.dan di ambil santannya.
lepas itu hampasnya di buang.
Yang kedua.
kamu menjadi sebutir mutiara.
berada di dasar lautan.tersimpan rapi.di lindungi kulit.
bukan senang nak melihat.apatah lagi mendapatkannya. .
hanya orang yang bertuah.berusaha menyelami dasar lautan..
dapat memperolehinya. harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya
Jadi.
kamu pilihlah samada
hendak menjadi kelapa ataupun mutiara?
di sebalik santan.menjadi penyedap makanan.di perah segala kenikmatan.
dan santan hilang tak jadi ingatan
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..
Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam.sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana ia dilapisi kulit yang keras menghadang..
namun kiranya di temui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman
atau di leher nan jinjang
atau di lengan menawan
makin lama mutiara tertanam
makin tinggi nilaian..
Oleh itu..
tentukan yang mana satu pilihan
menjadi santan
mudah jadi perhatian
tapi hanya sebentar jadi santapan
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi mutiara
sukar di temukan
namun bila di hias indah gadis perawan.hilanglah ia.tangisan mengiringi berzaman
DARI JINGGO
kehidupan hari ini - dimana persekitarannya amat2 rapuh.dimana2 hasil tindakan kita hari ini akan menentukan siapa kita hari esok.dimana mulanya
KELAPA
MUTIARA
tentunya bermula dari apa yang dizahirkan depan mata diwaktu ' pengisian demi pengisian dimasukkan ' dalam minda.semua dibutirkan dalam bentuk tindakan.
semua rentaknya bermula disitu.

SIAPA PERDANA MENTERI KE 2 NEGARA - TAK TAHU !

Sejarawan, Prof Emiritus Datuk Dr Khoo Kay Kim, menganggap minda masyarakat negara khususnya mengenai pembinaan bangsa negara masih gagal mencapai tahap diharapkan dan tidak wujud nilai murni walaupun
sudah 52 tahun merdeka.
Kepincangan itu adalah berpunca daripada sistem pendidikan yang kurang menekankan kepada aspek pengkajian, pemahaman dan penghayatan terhadap subjek sejarah itu sendiri.
“Sistem pendidikan sekarang juga amat lemah dan cuai dalam penyediaan rangka sukatan pelajaran. Tambah buruk lagi apabila generasi ini terdedah kepada pengaruh luar. Sepatutnya sukatan pelajaran itu digubal semula di samping menyediakan buku sejarah dengan fakta yang betul.
“Buku sejarah yang ada ditulis oleh orang yang tidak mengkaji sejarah Malaysia secara keseluruhannya. Ini menyebabkan pemikiran generasi muda tidak diberi maklumat benar. Bagi saya, keadaan ini belum terlewat kerana setiap 20 hingga 30 tahun akan datang,
wujud lagi generasi baru.
“Generasi ini yang perlu ditumpukan mengenai aspek kenegaraan untuk membawa kepada pembinaan sebuah bangsa yang dinamis,” katanya.
Beliau menambah, ramai masyarakat yang masih bersifat ganjil, lebih mengutamakan diri sendiri, tidak begitu faham terhadap negara merdeka dan apa itu kerakyatan.
PETIKAN BERITA HARIAN HARI INI.
asasnya adalah
SEJARAH.
mungkin hari ini secara sedar @ tidak. kita semakin jauh.
pengalaman saya mengajar kenegaraan di PLKN.
menjadikan saya semakin geram.
SIAPA PERDANA MENTERI KE2...
bukan budak cina.india.TAPI budak melayu.
TAK TAHU.
jangan ditanya hal2 lain yang berkaitan dengan
KEMERDEKAAN.
SEMUANYA TAK TAHU
dari jinggo
kita sedarlah kesedaran mengenai sejarah kita semakin jauh dan jauh.kenapa.sebab mungkin kita tidak meletakkan kepentingan subjek ini dan mungkin kita semakin mahu melupakan.
secara praktikalnya pengetahuan dan kesedaran mengenai topik ini semakin jauh.ini berdasar pengalaman saya sendiri di PLKN.yang kadang2 terfikir.
APAKAH SETERUSNYA 52 TAHUN AKAN DATANG.
APA YANG ADA HARI INI ADALAH KESAN DARI SEJARAH

Ahad, 30 Ogos 2009

merdekakan MINDA kita.bersyukurlah.

"Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda, Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Sebelum kita mengeluh & memarahi ibu dan bapa kita yang masih hidup .
Fikirkan tentang seseorang yang merintih pilu memerlukan
kasih sayang ibu dan bapa
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya, Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

*BELAJARLAH BERSYUKUR SEBELUM TERLAMBAT !!!!*

KITA TETAP MERDEKA

ESOK KITA MERDEKA
negara kita merdeka dari cengkaman penjajah.
pastinya esok macam selalunya : azam diteruskan
mempertahan negara dari ancaman dalam dan luar
yang kadang2 diluar
LINGKUNGAN PEMIKIRAN KITA.
zahirnya MERDEKA kita cuti
zahirnya MERDEKA ada siaran secara langsung di TV
zahirnya MERDEKA ada bendera dari rumah ke rumah
zahirnya lagu SUDIRMAN akan seronok kita dengar.
TAPI KEMERDEKAAN PADA KITA.
pada semua yang lihat secara zahirnya.satu demi satu ancaman yang tidak mampu kita jangkaukan apa yang akan berlaku seterusnya.ancaman dalam dan luar yang akan meruntuhkan sistem yang kita bangunkan.
D.K.R.T.
daulat.kerajaan.rakyat.tanah.
kita merdeka lagi untuk seterusnya pada 31.Ogos setiap tahun.secara rutinnya begitulah.apa yang kita semakin risau dan takut ( kalau kita mahu meletakkan kerisauan ).
keruntuhan sistem nilai dikalangan kita sendiri dalam proses menjadi kita negara merdeka.
kadang2 ada keinginan besar yang menjadi sekadar cerita retorik yang manis hanya pada perancangan tidak perlaksaan.
KENAPA
kita sibuk sekarang.untuk mendapat SATU UNDI - kita punya matlamat yang berbeza2.
melayu UMNO lain
melayu PAS lain
melayu PKR lain
cina MCA lain
cina DAP lain
india MIC.PPP.HINDRAF
semua lain.
KITA TETAP MERDEKA PADA 31.OGOS.
atas kapasiti sebagai seorang pencinta.pendidik.merdekakan kita.

Sabtu, 29 Ogos 2009

apa yang penting....

siapa aku dalam kumpulan ?
Apakah peranan aku ?
Bagaimana orang lain lihat tentang peranan aku ?
Adakah aku disini memimpin atau mengikut sahaja ?
Adakah aku dinilai dan dihargai oleh kumpulan ?
Adakah aku dapat mempengaruhi kumpulan ini ?
Adakah matlamat aku bersama kumpulan ini ?
Adakah matlamat aku sama dengan kumpulan ini ?
Apakah manafaat yang dapat aku perolehi dari kumpulan ?
APA YANG PENTING.
KERJASAMA.
kerana kita makhluk sosial yang tidak boleh hidup sendiri.
dimana kita berkumpul
kumpulan yang disertai secara tidak sukarela
kumpulan yang disertai kerana untuk memenuhi sesuatu keperluan
kumpulan yang disertai secara sukarela
kumpuan yang disertai secara tidak disedari.....
seperti semasa menonton bola di stadium
PERSOALAN KITA
sejauh mana kemampuan kita untuk duduk dalam kumpulan yang mampu memberi manafaat bersama. dilihat dari senario terakhir :
ada semacam satu kesukaran pada sebilangan kita untuk duduk secara harmonis dalam kumpulan. ini dikaitkan dengan fitrah manusia itu sendiri -
suka dan senang dengan orang yang sama NILAI dengan kita.
disebab itulah.
cgu berkawan dengan cgu
doktor berkawan dengan doktor.
mat rempit kawan dengan mak rempit
mat auuu.....berkawan dengan mat auuu.....
orang cantik berkawan dengan orang cantik
orang kaya berkawan dengan orang kaya...
ORANG BULAN berkawan dengan ORANG BULAN
YANG SELEBIHNYA - kita fikirkan.
keinginan untuk keluar dari fitrah itu memerlukan ilmu dan kemahiran.....
pastinya bukan mudah untuk berada dalam kumpulan yang tidak se nilai dengan kita.
APA YANG PENTING
berdasarkan buku yg ditulis oleh dale carnigie.
sejauhmana kemampuan kita menjadikan orang sekitar
kita penting dan kita pun di pentingkan.

Jumaat, 28 Ogos 2009

KITA BELAJAR LAGI - patutlah....

salah satu faktor mengapa kita tidak boleh lagi berbual dan berhubungan secara sempurna dengan seseorang adalah..
SERANGAN MULUT
serangan mulut lazimnya kita lakukan semasa kita bergaduh dan bertengkar
INI BERAKHIRNYA DENGAN
maaf ok melupakan tidak.
serangan mulut dikaitkan dengan marah -
kita biasanya menyalurkan kemarahan dalam dua cara
secara fizikal
secara verbal - serangan mulut.
serangan fizikal dikaitkan dengan kecedaraan
serangan verbal pula ialah untuk menyebabkan kecederaan kepada psikologi orang yang diserang.dan pastinya harga diri mangsa akan dicederakan.
CONTOH SERANGAN MULUT
menyerang peribadi
( kesannya amat buruk )
menghina latarbelakang
merendah2kan kebolehan
mengkritik rupa paras
menggunakan gantinama yang menhina
panggil dengan nama BINATANG
mencarut
memaki
KENAPA SEMUA NI
sebab kebencian yang teramat kepada orang yang diserang
merasa amat marah
membalas serangan mulut
tidak dapat berfikir dan berhujah lagi
BELAJAR DARI TABIAT IBUBAPANYA
akibat pertengkaran semakin buruk
DARI JINGGO
mungkin kita ada pengalaman berhadapan dengan pandangan diatas.secara praktikal itu sebahagian dari apa yg mungkin kita pernah lihat dan alami - secara psikologi keadaan ini amat buruk dalam konteks hubungan sosial.
BUKU SENI BERCAKAP2 DAN BERBUAL - BUAL.
untuk itu saya menyeru kepada diri sendiri dan rakan2.
belajar untuk mengawal mulut.
sebagai guru.sebagai isteri.sebagai suami.sebagai kawan
kita belajar lagi dari perkongsian ini.

kita adalah media perubahan.

DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.
Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup.
Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' -
hadis riwayat Muslim.
Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam.
Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim.
Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam.
Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat.
Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari
kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.
Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat.
DARI JINGGO
fitrah manusia akan menentang perubahan.
memberi nasihat bermakna memberi penambahbaikan pada orang lain.
dan satu kajian menyatakan begini.
manusia tidak akan berubah kecuali dia suka untuk berubah
BERSEDIAKAN KITA MENJADI MEDIA YANG DISUKAI
sebagai seorang guru yg disukai
sebagai seorang rakan yang disukai
sebagai seorang suami - isteri yang disukai.
sebagai seorang rakyat yang disukai.
sebagai rakan blogger yang disukai.
KALAU KITA MAHU MENJADI MEDIA KEPADA PERUBAHAN ORANG LAIN.
perubahan diri harus dimulakan.

ilmu ni........kita kongsikan

DALAM urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya
dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia.
Misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta, sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya, ia jelas berbeza
.
Usia 30-an
Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya.
Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini.
Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini seharusnya diterapkan.
Tentukan batas waktu
Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu.
Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.
Sekiranya, tiada sebarang perubahan atau si dia masih terpinga-pinga untuk menjawab lamaran anda, kenapa harus membuang masa. Jadi, lakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk anda.
Fleksibel
Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi.
Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya.
Usia 40-an
Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.
Perbaiki keterampilan bercinta
Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara langsung.
Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang dianggap boleh memberi tuah kepada anda.
Elak bercinta selepas cerai

Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.
Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:
Adakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?
Atau adakah semua wanita materialistik?
Adakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?
Adakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?
Sekiranya jawapan anda 'ya' untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.
Hati-hati dengan buah hati
Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.
Perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. Jangan sesekali menyimpan rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa diduga daripada pihak lain. Jika ini berlaku, masalah lain pula akan muncul.
sumber kosmo

Khamis, 27 Ogos 2009

jangan sombong dengan diri sendiri

Jangan bercakap soal berubah diri seandainya tidak komited untuk bertindak.
Dan fitrah kita akan menentang perubahan kerana :

KURANGNYA KEINGINAN UNTUK BERUBAH
KURANGNYA DISIPLIN UNTUK BERUBAH
KURANGNYA KEPERCAYAAN YANG KITA BOLEH BERUBAH
KURANGNYA KESEDARAN KENAPA MESTI BERUBAH.
Kita mencipta alasan demi alasan sekadar untuk menyedapkan diri sendiri.
Kita semua mempunyai pilihan..
Kita biasa mendengar @ selalu bercakap dengan diri sendiri..
KAMI MEMANG SELALU MELAKUKAN PERKARA ITU…( berlagak tahu aja )
KAMI TIDAK PERNAH PERNAH MELAKUKAN..
ITU BUKAN KERJA SAYA.
SAYA TAK FIKIR ITU BOLEH MEMBAWA APA2 PERUBAHAN
SAYA TERLALU SIBUK
( semua alasan )
DARI JINGGO
itu semuanya datang suara kecil
yang tersimpan dalam qalbu.
alasan untuk tidak berubah
SEBAGAIMANA DIJANJIKAN
3 kelompok manusia yang akan melata atas muka bumi
ORANG CEMERLANG
mempastikan hari ini lebih baik dari semalam
ORANG MALANG
hari ini sama dengan semalam
ORANG RUGI
hari ini lebih teruk dari semalam
AKHIRNYA
JANGAN SOMBONG DENGAN DIRI SENDIRI.

kuasa tarikan

kita tertarik kepada diri kita sendiri bukan apa yang kita mahu tetapi dengan keadaan kita seadanya.
ungkapan lama
ORANG YANG SEBULU BERKUMPUL BERSAMA
memang ada benarnya
pemikir negatif sangat membahaya.
memang menarik perhatian individu negatif
SELALU ORANG YANG BERJAYA AKAN MENARIK PERHATIAN ORANG BERJAYA YANG LAIN
individu yang gagal menarik individu yang gagal yang lain -
dan mereka bersama merintih , mengeluh dan merungut.
RAKAN KITA BUKAN JENIS YANG KITA MAHUKAN TETAPI :
ITULAH CERMINAN KITA SENDIRI.
DARI JINGGO
dari ilmu kuasa tarikan
kita kena akur - dunia hari semakin cantik untuk dinikmati.
ilmu Allah yang dinafikan selama ni - semakin diserlahkan.kita cuma perlu menyediakan diri untuk ambil tahu.dan kekuatannya sejauhmana ilmu ini boleh membantu kita untuk naik keatas.
satunya adalah kuasa tarikan
kemampuan kita menarik kejayaan melalui kuasa yang disediakan pada.
LANGKAH PERTAMA
menjadi manusia yang positif
dikala jatuh dan bangun
kerana bezanya antara kalah dan tewas.

Rabu, 26 Ogos 2009

PERAHU ini perlu dibakar

Julius Caesar adalah seorang Kamandon perang yg berjaya menawan Brittnia kerana strateginya yang unik.
Dalam sejarah , ada tercatat ketika Caesar berjaya mendarat pasukannya pada satu tengah malam , dia diam , sementara pasukannya sibuk merapat dan menyembunyikan
perahu - perahu yang mereka naiki.

Mereka berfikir tentu mereka memerlukan
perahu - perahu itu untuk pulang nanti.
Tetapi mereka terkejut apabila mendengar perintah ketua mereka
BAKAR SEMUA PERAHU YANG SUDAH KAMU DARATKAN TADI.
Akhirnya mereka membakar semua kapal sehingga hangus
oleh kerana mereka beranggapan mereka tidak boleh kembali ,
maka mereka pun bertempur habis - habisan. Mereka merasakan yg mereka perlu menang.
KITA FIKIRKAN BEGINI
perjalanan menuju puncak kerap kali diwarnai kekhuatiran sehingga kadangkala membuatkan kita cenderung menyerah kalah.
Menurut John Maxwell
Kekhuatiran akan menghambat tindakan
tiadanya tindakan menunjukkan tiadanya pengalaman ,
tiada pengalaman menunjukkan tiadanya pengetahuan
tiadanya pengetahuan akan melahirkan kekhuatiran
Menurut Denis Waitly
( buku seed greatness )
60 % kekhuatiran kita sama sekali tidak berasas.
20 % kekhuatiran kita berfokus pada pengalaman lampau dan
yang berada diluar kawalan kita.
20 % kekhuatiran kita kepada benda yang remeh temeh
DARI JINGGO
kehidupan ini ibarat satu perjalanan yang sehala.
Seberapa banyak pun perubahan laluan yang kita alami,
tidak satu pun yang akan membawa kita kembali.
Apabila kita mengetahui dan menerima hakikat ini ,
kehidupan akan kelihatan lebih mudah....
untuk itu mari kita
MEMBAKAR PERAHU.

berbezanya rupanya kita....

Ramai perempuan bertanya
apakah lelaki merasakan emosi yang serupa dengan emosi yang dirasai oleh perempuan bila bercakap soal cinta.
Kajian pakar menyatakan
bagi perempuan cinta itu adalah emosi
bagi lelaki cinta itu adalah peristiwa.satu kejadian.
setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujungnya.
BAGI LELAKI , APABILA DIA SUDAH MELAFAZKAN KOMITMEN CINTANYA KEPADA PEREMPUAN , PERKATAAN 'CINTA' TIDAK PERLU DISEBUT2 LAGI
kepada lelaki - sekali cinta dilafazkan - disitu permulaan dan penghujung.
maka baginya cinta tidak perlu dilafaz lagi.
INI YANG TIDAK DIMENGERTI OLEH PEREMPUAN
kepada perempuan
satu kali jatuh cinta - dia mahu terus bercakap2 tentang cinta itu masa kemasa...
DIMANA PUSAT PERCINTAAN LELAKI DAN PEREMPUAN
LELAKI PADA AKTIVITI
PEREMPUAN PADA KEMESRAAN
apabila lelaki dapat melakukan dengan pasangan apa yg mereka sukai ,
maka barulah disitu beroleh nikmat kepuasan erti cinta kepada lelaki.
untuk itu - kepada perempuan
lakukan apa2 aktiviti yang disukai oleh pasangan anda
dan lelaki
cinta perempuan pada kemesraan dan aktiviti cakap2 yg berulang....
cinta kepada jinggo
cintakan keharmonian dan seterusnya hidup yg berpaksikan kepada kebenaran yang sudah dizahir dalam Quran dan Sunnah.
Cintakan bangsa sendiri
cinta negara sendiri
cintakan negeri sendiri - perak.
cinta diri sendiri dan keluarga
dari buku bahasa sosial percintaan

Selasa, 25 Ogos 2009

dah kalah jangan beralasan....



saya membeli buku ni pada tahun 2004.
TAK FAHAM
semantik
SEHINGGALAH BILA SAYA MULA MENDALAMI ILMU2 YANG DIKAITKAN DENGAN NLP DAN ' KUASA TARIKAN ' BUKU INI SAYA CADANGKAN UNTUK DIBACA !
KALAH TETAPI TIDAK TEWAS
kita kongsikan begini.
kita boleh mengaku kalah - tetapi jangan mengaku kita telah tewas.
kalah hanya terdapat di minda
tewas tersemat terus dihati @ perasaan.
kalah dan tewas mempunyai roh yang berbeza
bila kalah
tentunya mahukan perubahan
perubahan tidak mungkin akan berlaku seandainya kita tidak mengaku kalah
SETERUSNYA
kita boleh mengaku sebagai seorang yang kalah tetapi bukan sesorang yang telah tertewas.
formula kalah tetapi tidak tewas
PERUBAHAN DIRI :
kalah ( dalam bentuk pengakuan )+ tidak tewas ( prinsip hidup )
KITA FIKIRKAN YANG INI.
untuk menang : bersedia untuk menerima kekalahan tanpa alasan.

akulah raja - raja apa - raja kapoor !

Perkahwinan adalah ubat untuk memanjangkan umur.
Tanya sesiapa pun : psikologis , bomoh , pawang , bidan.
Kajian menyatakan 94 % orang tak kahwin akan mati cepat
daripada orang yang dah kahwin.
Faktornya ini dinilai dari sudut kebahagian
( macamana yg tak bahagia )
menurut Dr Joyce Brother menyifatkan lelaki yang sudah berkahwin adalah lelaki paling bahagia.
kedua ada perempuan bujang.
ketiga perempuan yg dah berkahwin !
Kajian juga menyatakan perkahwinan adalah lambing pencapaian yg amat simbolik.
Seorang lelaki yg berjaya dalam kariernya , ada rumah , ada kereta
masih tidak berpuas hati selagi tidak ada isteri .
begitu juga dengan perempuan – bermula dari mula mengenal bedak dan gincu
fantasi perkahwinan sudah bermula.
KENAPA LELAKI YANG SUDAH BERKAHWIN PALING BAHAGIA
Sebab akulah raja.
Suami yang baik menjadikan isteri , teman , sahabat
Suami yg tidak baik menjadi isteri isteri , sahabat, gundik , dayang , khadam , tukang masak , tukang basuh , tukang urut
KUASA SEBENAR LELAKI ADALAH DIRUMAH.
Ada lelaki yang beranggapan melalui perkahwinan mereka terpaksa mengorbankan macam2 – duit masa , tenaga dan paling penting adalah duit.Kerana faktor diatas lelaki dikatakan kurang berminat dengan urusan rumahtangga – mereka cuba meyakinkan dunia bahawa sebagai suami tanggungjawab mereka hanya mencari duit.
Mereka jadi tiang – isteri jadi bendul , lantai . alang , dinding , bumbung , pintu , tingkap , para , dapur , tikar , paku , pinggan , mangkuk….( apa lagi )
KAJIAN JUGA MENYATAKAN
Lelaki biasanya lebih sanggup mengilat kereta daripada basuh pinggan
DAN BAGAIMANA DENGAN KITA
akhirnya saya semakin terasa ' malunya ' menjadi lelaki bila di 'buli ' secara ilmiah oleh seorang penulis ( perempuan ) yang membuat kajian bertahun untuk mencari dimana betulnya lelaki dan betulnya perempuan.
sesekali terfikir - betul juga......

kita pernah takut..

Kata Dr. Hill (penulis buku Think & Grow Rich),
takut dikritik adalah perasaan takut yang paling merbahaya
di antara ketakutan yang lain
(takut sakit, takut mati, takut miskin..).
Enam Asas Ketakutan Manusia
Takut di Kritik
Takut diserang penyakit
Takut di timpa kemiskinan
Takut untuk menempuh hari tua
Takut kehilangan orang tersayang
Takut mati...
Ini kerana, ketakutan yang lain itu tidaklah memberikan kegagalan yang amat besar,
tapi jika takut dikritik
segala-galanya akan tidak mendatangkan hasil atau dalam erti kata yang lain,
impian yang dibina akan musnah dan matlamat yang ditetapkan pasti tak akan tercapai.
Nah, lihat. Apa yang akan anda dapat kalau anda takut dikritik??
DARI JINGGO
kerana faktor diatas- manusia takut dan tidak ada KESEDIAAN untuk di kritik - ini dikaitkan dengan kegagalan kita menKRITIK.
kenapa manusia suka mengkritik ( selalunya )

berdasarkan beberapa pembacaan
SEBAB JAHIL
SEBAB CEMBURU

untuk itu di dasarkan beberapa pembacaan lain menyatakan : tidak ada manusia secara zahirnya mahu dianggap tidak penting. untuk itu - sebelum mengkritik : mulakan dengan menjadikan MANGSA kritikan PENTING
ini dikaitkan dengan ketidaksedian manusia untuk ' jatuh dan tidak penting '.

Isnin, 24 Ogos 2009

kisah hari ini...

McDonald Corporation ada cerita untuk kita kita kongsikan
MULANYA BEGINI
seorang lelaki yang bernama Ray Kroc seorang penjual minuman - kagum melihat kesungguhan McDonald bersaudara menjalan perniagaan.cerita seterusnya bermula bila Ray Kroc memujuk McDonald bersaudara menjualkan kepada hak membina francais dan membuka replika McDonald's seluruh dunia.
sebagai seorang penjual Kroc menyedari dia menjumpai sebuah lombong emas apabila berjaya mendapat hak itu.
KENAPA MACAM TU
sebab dia ada
GOAL
kajian yang dibuat di Universiti Yale mendapati dari 100 orang.
hanya 3 % yang ada matlamat dan menulis matlamat tersebut
begitulah dalam hidup kita.
sebagai apa sahaja
kita GAGAL untuk meletakan hala tuju yg jelas : mungkin
TIDAK TAHU KEPENTINGAN MATLAMAT
TIDAK TAHU MERANCANG MATLAMAT
MORAL HARI INI.
saya di bazzar ramadan dengan ' tidak ' ada goal.berjalan satu pusingan yang bukan dekat.
susah nak mencari parking
LANGSUNG TAK BELI APA.
sebab matlamat tidak jelas.nak beli apa
untuk kita kongsikan bersama.tetapkan apa nak beli.jumpa dan terus beli.
hasilnya hari ini - berbuka hanya dengan
sebab matlamat membeli pecal telah ditetapkan.
DIHUJUNGNYA
saya semakin yakin keperluan menetapkan matlamat.
tulis dan pamerkan
gunakan segala kekuatan dan ' kemudahan ' yang disediakan pada kita.
kerana kita adalah apa yang kita fikirkan.

Ahad, 23 Ogos 2009

kuasa memberi makna....


terdapat dua cara menhapuskan lalang dalam laman rumah kita.
cara mudah dan cara tidak terlalu mudah.
cara mudah mungkin dengan mengendalikan mesin rumput dan laman tersebut kelihatan sempurna untuk sementara waktu.tak lama kemudian lalang akan tumbuh semula.
tetapi cara yang tidak terlalu mudah mungkin : dengan cara melutut dan menarik satu persatu lalang itu dengan akarnya.menyeksakan - tapi berkesan.
penyelesaian pertama nampak mudah tapi tidak berkesan
penyelesaian kedua - tidak mudah - masallah diselesai diakar umbi.
DARI JINGGO
dalam kehidupan kita sering macam tu.
fitrah kita - tidak ada kesempurnaan dalam semua hal.
MASALAH - PENYELESAIAN
saya tertarik dengan cara Mr Donald Trumph menyelesaikan masalah yang dia hadapi - seketika bila dia jatuh dan disaman olen bekas isteri Evan Trumph
cukup untuk membuatkan lelaki normal ' gila sementara '.
apa yang dilakukan MEMBERI MAKNA baru kepada pemasalah - reframing -
mencari ' nikmat ' dari kesulitan.
INI DIKAITKAN DENGAN KUASA SAMANTIK.
kita yang memberi makna pada setiap yg berlaku.

dah setahun disini

Puasa datang lagi
ini bermakna
GENAP SETAHUN SAYA DISINI.
dibuka balik N3 yg pertama : lucu
dan orang yang pertama menjadi kenalan di alam maya ni
sampai sekarang - terima kasih Puan Tirana
terima kasih cgu azza
dan seterusnya begitulah.
dan hari ini setelah genap setahun
saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih
TENTU NYA ADA SEBAB KENAPA SAYA DUDUK DALAM DUNIA INI.
mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan.
SAYA BERTAMBAH BAGUS SETELAH BERADA DISINI.
saya kena membaca lebih dari selalu
sebab saya tahu ada yang akan membaca setiap apa yang dikongsikan.
dan hasilnya dikongsikan dengan pelatih2 di kem yang saya kendalikan.
ASASNYA SAYA KENA MEMBACA.
dan saya semakin jelas dan tahu : ada impaknya bila N3 mula dibaca oleh rakan2 yang tidak sekadar mencari bahan.ada ilmu yang harus diletakkan disini.
dalam tempoh ini jugalah - tidak dinafikan saya berhadapan dengan sekumpulan2 rakan dari kelompok yang :
tidak menjadi hidup ini ' main2 '.
setelah genap setahun.
kepada rakan yang diawal2 : tahu dan terima kasih kerana perkongsian kita dikala itu.
kepada rakan yang terus terusan memberi sokongan.
SAYA AKAN MEMBACA
hasilnya kita akan berkongsi
selebihnya pelatih di kem latihan saya.
terima kasih.
u raise me up

Sabtu, 22 Ogos 2009

HARI 1...yang2 yok.

SELAMAT BERPUASA
hari 1
sesekali teringat masa puasa kali pertama.
mak selalu cakap
PUASA YANG2 YOK
BANGUN BAGI CARI PERIUK.
dan lagi masa di kampung dulu2.
sungai masih ada.biasanya mandi disungai
SUKA SANGAT MANDI SUNGAI
sebab pakej : menyelam sambil minum air
DAN LAGI SATU
saya sampai sekarang tak tahu sebabnya.
BUDAYA MELUDAH.
takut batal puasa - tertelan airliur.
HARI INI SEMUA DAH BERLALU.
sesekali balik kampung.ada kenangan yang nak dikongsikan
SELAMAT UNTUK SEMUA RAKAN2
SEMUGA KITA DIPERMUDAHKAN DALAM SEGALA URUSAN DAN DIPERMUDAHKANNYA.INI RAMADAN TERBAIK KITA.

Jumaat, 21 Ogos 2009

kita fikirkan dimana betulnya...

Suatu hari seorang prof yg sedang membuat kajian tengtang lautan menumpang sebuah sampan.
bersama prof adalah seorang pendayung yang pendiam.
Berjam2 lamanya lamanya Prof itu membuat kajian , pendayung itu bersuara.
HARI NAK HUJAN
ok semua dah siap - mari kita balik ke darat - kata Prof
dalam perjalanan mereka berbual
kamu dah lama kerja mendayung sampan
hampir seumur hidup
jadi kamu tidak tahu perkara2 lain selain dari mendayung
KAMU TAHU GEOGRAFI
pendayung menggeling kepala
kalau macam tu kamu dah kehilangan 25 tahu % usia kamu
KAMU TAHU BIOLOGI
pendayung menggeling kepala
kamu dah kehilangan 50 % usia kamu
KAMU TAHU FIZIK
sekali lagi pendayung menggeling kepala
KALAU MACAM TU KAMU DAH KEHILANGAN 75 % HIDUP KAMU
MALANG SUNGGUH NASIB KAMU - SEMUA TAK TAHU
selang beberapa saat.tiba2 hujan turun - tiba2 sahaja datang ombak besar.sampan itu di lambung ombak besar dan terbalik.Prof dan Pendayung terpelanting.
Sempat pula pendayung bertanya.
KAMU TAHU BERENANG
Prof menggeling kepala
KALAU MACAM TU KAMU DAH KEHILANGAN 100 % NYAWA KAMU
DARI JINGGO
IQ memberi hanya 15 % dari keperluan hidup hari ini.85 % lain adalah EQ.
kemahiran untuk mengendali kehidupan.
ditambah dengan ESQ untuk mempastikan rentasan hidup berasaskan kepada agama.
ditambah lagi dengan PSQ untuk hidup yang stabil
kita fikirkan
A bukan segalanya.

Khamis, 20 Ogos 2009

mari kita memilih..


Bagaimana kalau dalam hidup ini kita tidak
MEMILIH
kita tidak memilih untuk menjadi seorang guru
kita tidak memilih untuk bangun pagi
kita tidak memilih untuk berkahwin dengan si dia
kita tidak memilih untuk datang kelas hari ini
kita tidak memilih kerajaan BN hari ini.
kita tidak memilih untuk berada disini hari ini.
KITA TIDAK MEMILIH
saya MESTI lakukan.
bila kita MESTI melakukan apa yang kita tidak PILIH
apa akan berlaku
sakit hati.jiwa kacau.marah.cemburu.bengang.rimas.risau.baran.resah.
gelisah.putus asa.tidak bermotivasi.
SEBAB KITA TIDAK MEMILIH
kita melakukan atas dasar
MESTI lakukan apa yg kita tidak PILIH
dalam sebuah buku ada teknik menukar keadaan ini
contoh begini
SAYA MESTI BANGUN PAGI
( sebenarnya kita tak suka bangun pagi - tapi mesti bangun pagi )
kalau saya tak bangun bagi mak akan mengamuk
kalau mak mengamuk mak tak sediakan sarapan pagi
kalau mak tak sediakan sarapan pagi aku akan lapar
kalau aku lapar aku sakit
kalau aku sakit aku akan mati
AKHIRNYA SAYA MEMILIH UNTUK BANGUN PAGI
perkataan memilih akan meroboh segala tembok bebalan.ini dikaitkan dengan
kuasa tarikan.NLP.penggunaan kuasa minda dibawah sedar.
JADI MARI KITA MEMILIH SEMUA YANG KITA
ZAHIRKAN DALAM BENTUK TINDAKAN.

skill ke bengkel kereta hari ini

mungkin ini satu perkongsian yg boleh dijadikan ilmu
BAGAIMANA NAK BERURUSAN DENGAN TAUKEH BENGKEL KERETA
ceritanya begini
INI PENGALAMAN KE 2.
saya ke bengkel dengan satu alasan
TAYAR KERETA MACAM ' GOYANG2 '.
sampai2 aja taukeh tu pusing satu kereta.tgk semua tayar.
alamak.
tayar ini dah retak - bila2 masa boleh meletup
tayar ini dah tak elok - bila2 masa tanggal.
DARI BETUL KAN ' GOYANG2 ' KE GANTI TAYAR.
ingat dah habis.
skru ini perlu di ganti
KALAU TAK GANTI NANTI TAYAR TERCABUT
alamak.
apa lagi.
INI KENA TUKAR.INI KENA BUANG.INI KENA GANTI
kesimpulan dari jinggo
kita kadang2 terperangkap dengan perkataan demi perkataan.
akhirnya GANTI ajalah.
itu kalau ada duit dalam poket.
MORALNYA
jangan bawa duit lebih dari sekadar untuk memperbaiki kerosakan pertama.
jangan pakai pakaian macam orang banyak duit.
sebab saya tengok ini macam satu cara bisnes taukeh bengkel kereta.
dari satu tayar kepada 2 tayar.
dari satu skru kepada 4 skru
MORAL LAGI
ilmu ini yang kita tidak diajar di sekolah.
ilmu ini yang kadang2 menjadi kita seakan ' bodoh ' disebalik pintarnya kita

Rabu, 19 Ogos 2009

hebatkah kami....




Kita mulakan begini
sekumpulan pelajar tajaan PNB
separuh darinya dah pergi - bercuti
dan yang lain akan menyusul.
APA YANG NAK DIKONGSIKAN
bagaimana kalau dan mahu berhadapan dengan pelajar yang A+++++ begini.
semua pengisian program latihan mereka dah lalui
dari ESQ ke poco2.
kami dah lalui.
HASILNYA
ada satu duanya datang dengan keadaan.
SAYA TIDAK MEMILIH UNTUK DATANG KESINI.
tebalnya tembok kepercayaan sehingga dizahirkan pada tindakan.
kesimpulan dari jinggo
saya semakin yakin dan percaya kepada pembinaan kita secara pratikal tertumpu kepada persoalan karektor.
yang tentunya datang dari sistem kepercayaan yang juga datang dari sistem programing yang kita terima.dan yang pasti apa yang kita percaya tidak semestinya betul pada pandangan umum.
AKHIRNYA
selamat kembali ke UK
selamat datang ke UK
semuga kita kembali sebagai orang yang akan membawa sesuatu kepada sesuatu

Ahad, 16 Ogos 2009

kita belajar lagi sesuatu...





saya belajar lagi sesuatu
dari pertemuan dan berbincangan dengan guru2
yang mengajar
ANAK2 ORANG KAYA
kem kesedaran alam sekitar
anjuran Majlis Perbandaran Petaling Jaya
dengan kerjasama EcoKids.
CERITANYA BEGINI.
sekolah kami susah en.mak ayah terlalu berkuasa.
SAYA NI PUN BARU MASUK SEKOLAH NI
GANTI CGU YANG KENA TUKAR SEBAB ' JENTIK ' PELAJAR.
pilihan sekolah melalui Pengetua dan minta maaf tapi........
MakAyah nak cgu tu sendiri datang dan
minta maaf pada pelajar yang kena ' jentik' tu.
KITA FIKIRKAN BEGINI.
kenapa pelajar tu kena ' jentik '
dan kenapa cgu tu men'jentik '
tanggungjawab.
tapi bagaimana kalau tangungjawab ini dinafikan oleh
KUASA
yang sepatutnya membantu - bukan ' menentukan '..
cgu2 harus mengajar anak2 kami begini.bukan begitu.
kami lebih bagus dari cgu.
kami lebih kaya dari cgu
kami lebih tinggi tahap pendidikan dari cgu.
AKHIRNYA CGU2 - PERGI SEKOLAH BALIK SEKOLAH.
saya singgah sekejap- diharapkan N3 ini tidak menimbulkan kegusaran kepada mana2 pihak.

Khamis, 13 Ogos 2009

kami ada kenangan...susah senang

KAMI ADA KENANGAN BERSAMA
kami diantara penduduk awal yang menduduki
PERUMAHAN BAKAWALI
bukit sentosa , rawang.
azab duduk dikawasan kami fikir - itu aja yg mampu kamu beli dikala itu.
ustaz asri dan rabbani baru keluarkan satu album
setelah berpuluh2 album dengan Nada Murni
sepanjang kami bersama
( sebelum saya berpindah )
TERLALU MANIS
sesekali mendekati ustaz asri terasa bezanya
diam banyak dari bercakap
kerana ustaz asri mungkin - nak menjaga lidah..
KALAU DI BUKIT SENTOSA & BUKIT BERUNTUNG
letak aja ustaz asri dimana2 majlis - mesti penuh
begitu juga kalau ustaz asri baca khutbah
mesti ada yg panjang2kan kepala.
( mana orangnya )
KAMI DAH SETAHUN TAK BERJUMPA
sehingga pagi tadi ustaz afifi dari Rufaqa.
comfirm sahabat kita dah dipanggil balik oleh Allah.
( dan sempat juga saya bagi panduan kerumah ustaz )
HARI INI
seorang lagi manusia hebat dipanggil
kita bila lagi
SEMUGA ARWAH DIBERKATI DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.
teringat kata orang kampung - cgu dengan ustaz asri sama.susah nak jumpa.
tak pernah ada rumah.memang.
SEBAB MEDIA KAMI SAHAJA YANG BERBEZA
DAKWAH.

jangan marah......

"Pelajar kini makin malas membaca, berfikir dan menilai."
Begitulah nada kecewa yang disuarakan penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara 2008, Prof. Dr. Muhammad Salleh yang menyifatkan ramai golongan pelajar masa kini sama ada di sekolah mahupun universiti kurang membaca dan ia berbeza berbanding generasi lampau.
Beliau yang juga Sasterawan Negara berkata, biarpun seronok menjadi seorang pendidik namun beliau kecewa apabila pelajar yang lahir daripada
sistem pendidikan sekarang tidak lagi cintakan buku.
"Sebagai pendidik, kita membina watak manusia yang boleh berfikir, berhujah dan menilai sesuatu yang berlaku.

"Namun jika kurang membaca, bagaimana pelajar itu mahu berfikir serta memberi pendapat serta menyelesaikan setiap masalah yang timbul," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Ekspo Konvokesyen 2009 (Convex 09) Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.
sumber kosmo
DARI JINGGO
seorang kawan - pesyarah UM
u tahu jinggo
exam 20 minit - 20 soalan
i pusing2 kat belakang ada yg sempat chat kat facebook
SETERUS PENGALAMAN SENDIRI
saya berurusan banyak dalam bidang latihan - tentunya sudah semacam menjadi satu keghairahan kepada siswa @ siswi untuk sama2 berkongsi dalam kontek memberi motivasi kepada pelajar. ini satu keghairahan yg amat2 positif
PERSOALAN BERDASARKAN APA YG DILIHAT
ilmu dikaitkan dengan membaca
bahasa kita gunakan dikaitkan dengan membaca
gaya bahasa yang kita gunakan dikaitkan dengan membaca
MAKA KEGHAIRAN INI DITERUSKAN
ada yg semakin sibuk dengan program demi program.
ada keutamaan yang diabaikan.
terkantoi pengajian
JALAN MUDAH - DAFTAR SYARIKAT
kami jururunding @ fasi dalam bidang sekian2.
SAMPAI KE PERINGKATAN PELAKSANAAN.
saya masih berpegang kepada
semua orang ada
BAKAT
harus disertakan dengan
ilmu + pengalaman.
membaca.membaca.membaca.
Eco Kid Adventure on Facebook

layan2


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com