Khamis, 31 Disember 2009

kisahnya....


seorang Prof di disebuah universiti membuat kajian mengenai
ekosistem sungai menumpang sebuah sampan.
pendayung sampai itu seorang tua yang begitu pendiam.
AKHIRNYA
hari dah nak hujan
kata pendayung sampan sambil mendongak ke langit.
ok mari kita balik ke darat
kata Prof tersebut.
MAKA MEREKA MULA BERBUAL
kamu dah berapa lama kerja mendayung sampah
hampir seumur hidup.
kamu tahu geografi
tidak.
kalau begitu kamu kehilangan 25 % usia kamu
kamu tahu biologi
tidak
kalau begitu kamu kehilangan 50 % usia kamu.
kamu tahu fizik
tidak
kalau begitu kamu kehilangan 75 % usia kamu.
malang sungguh nasib kamu.
TIBA2 HUJAN TURUN DENGAN LEBAT.
DAN SAMPAN HAMPIR KARAM.
kamu tahu berenang
TANYA PENDAYUNG KEPADA PROF
tidak
kalau macam tu kamu kehilangan 100 % hidup kamu.
DARI JINGGO
dihujung tahun
diawal tahun
cerita kita sama.
sebagai diri sendiri
sebagai guru
sebagai makayah.
SATU DARIPADA KEINGINAN KITA UNTUK BERJAYA
BERDASARKAN APA YANG ORANG AKAN ZAHIRKAN
KITA BIJAK.
percayalah.
kita sudah terlalu lama terperangkap dalam sistem yang meletakkan A itu diatas segala kebagusan.sedangkan kajian besar menyatakan.
15 % bagusnya hidup berasaskan kecapaian akademik
85 % bagusnya hidup berdasarkan kemahiran hidup.
MULA TAHUN BARU.
azam baru.
cari ruang untuk meningkatkan kualiti kemahiran diri.
mari kita fikirkan dimana nak mulakan.

Rabu, 30 Disember 2009

kenangan VC pengalaman

Tidak terlalu awal untuk mengucapkan
SELAMAT TINGGAL 2009
dan
SELAMAT DATANG 2010
kita ada cerita
cerita yang memberi 2 makna kepada kita
pengalaman
kenangan
pengalaman bermakna
buruk dan baik kita jadikan sempadan - dan jalan harus diteruskan.
kenangan bermakna
dijadikan sempadan - untuk tidak mencuba lagi.
2009 kepada jinggo
pengalaman
terutamanya dalam ' membesarkan ' hubungan sosial dan perkembangan kerjaya yg cukup menarik.rasanya ruang disini semakin menarik untuk digunakan sebaiknya.
CERITA JINGGO
berjaya mengumpul sebilangan ' rakan2 ' untuk berkongsi.
betapa cantiknya hidup yang disandarkan kepada pendekatan ilmu.
ruang dan peluang disini menjadikan ' library ' dirumah semakin membesar.dan paling tentunya saya kena membaca apa untuk N3 seterusnya.
dan limpahan seterusnya adalah kepada ' anak2 ' pelajar di kem.
semua yang ditulis terus menjadi bahan untuk dicanaikan bersama.
hasilnya.UPSR 2009 cukup cantik untuk dijadikan sandaran.
sk punchong 2 - 95 dapat 5A
sekolah pembelajaran KIQ - sekolah pekak dan bisu
pertama kali - dalam sejarah-5A UPSR.
selain dari sekolah2 yang ' dipinggir ' KL.
proses pembikinan dengan komitmen guru2 cukup menarik dijadikan pengalaman.
DAN PALING MANIS
kembali Jbt Alam Sekitar kepada EcoKid
kembalikan Jbt Alam Sekitar MPBJ bersama EcoKid
kepercayaan Unit Pendidikan Angkatan Tentera kepada EcoKids
kenangan.
biar jadi kenangan sendiri.
kesimpulan
semuga 2010 yang akan datang sehari 2 lagi
cukup menjadikan kita lebih cantik.
DAN KEPADA RAKAN.
buku yang dicadang beli dan baca
mat jenis moden.
buku yang luar biasa

Selasa, 29 Disember 2009

kenapa lelaki nak kahwin dua...

jodoh yang kita pilih mencerminkan keperluan jiwa kita.
setiap orang berkahwin atas 2 jenis keperluan
keperluan am + keperluan khusus
KEPERLUAN AM
menjadi faktor menarik untuk menjadIkan kenapa lelaki tertarik untuk memilih seseorang wanita itu menjadi isteri.ini merupakan faktor penarik yang kuat
diantara keperluan am - wang , cinta dan sex selain kasih sayang.
FAKTOR PENARIK
tidak sekuat
FAKTOR PENOLAK
berdasarkan kajian dari buku
Seks dan Psikologi tulisan Prof Abdullah Hassan
lelaki mungkin tertarik kepada perempuan lain disebabkan perempuan itu memenuhi keperluan2 khususnya.keperluan khususnya terdiri daripada keperluan
psikologi
termasuklah segala keperluan emosi , intelek dan rohani.
keperluan psikologi dikaitkan dengan keperluan estim- diri
antara keperluan estim - diri termasuklah hasrat inginkan dirinya
supaya dicinta.dipuji.dipuja.disanjung.dihormati.dimuliakan.
dari jinggo
kenapa lelaki kahwin lagi
diantaranya keperluan khusus.
bukan lagi keperluan am.
apabila lelaki memilih isteri dua asasnya sama.
MEMENUHI KEPERLUAN ENSTIM - DIRI.
ada juga kajian menyatakan
BAGI SETENGAH LELAKI MEREKA
MENJADIKAN ISTERI KEDUA MEREKA SEBAGAI TROFI UNTUK
DIPAMERKAN SEBAGAI LAMBANG PENCAPAIAN PERIBADI.
kadang2 ini yang kita abaikan.
bagaimana kalau isteri pertama dilengkapi dengan semua keperluan.
am dan khusus tersebut.
mungkin tidak ada lagi kes suami berkahwin lagi
SEKADAR UNTUK DIJADIKAN TROFI.
perkahwinan melibatkan satu lagi seni kehidupan yang
kadang2 kita abaikan kepentingannya.
sebagaimana satu kata2 besar yang dinyatakan oleh seorang pujangga
perkahwinan @ hubungan sosial
kita umpama bermain saham.
KITA MELABUR
dan tentunya setiap pelaburan kita nak untung
KEUNTUNGAN EMOSI
kedua nya mahukan peningkatan estim - diri.
dan bagaimana kalau ' pelaburan ' yang merugikan.

Isnin, 28 Disember 2009

ada cerita............


penat menguruskan anak2 yang
hanya satu
KEPUTUSAN
keinginan seharus semua dipenuhi
itu menariknya menjadi anak2.
pernah mereka berfikir.
KESIAN MAKAYAH AKU.
hidup hanya berlandaskan keputusan.
kemahuan harus dilunaskan
dan menjadi satu lagi kemestian
MANA ADA MAKAYAH YANG MAHU
MENYATAKAN TIDAK
semuga anak2 ini tahu dan faham.
YANG
abi hanya mampu beli buku ini.
sedang korang berdua.
BACA JANGAN TAK BACA

ayahku seorang ahli gusti...

SEBAGAI ibu bapa apakah sikap yang anda
mahu ada pada anak,
pembengis atau penyayang?
Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan tidak mencapai tahap yang baik ketika menjalani ujian kognitif.
Keadaan tersebut sama sekali berbeza pada kanak-kanak seusia yang hanya dinasihati atau dimarahi secara lisan oleh ibu atau bapa apabila mereka melakukan kesalahan.
Walaupun ibu bapa menganggap 'pukulan kecil' itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.
"Usia setahun adalah tempoh yang paling penting dalam mewujudkan kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak-anak," jelas Lisa J. Berlin, seorang saintis penyelidik di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga di Universiti Duke, Amerika Syarikat.
Tambah Berlin, pukulan kepada anak-anak sekecil usia setahun akan menjadikan mereka kanak-kanak yang agresif seiring penambahan usia mereka.

Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.
Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga melihat kepada impak hukuman seperti menengking, menjerit atau membebel dengan bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak.
Dan hasil kajian menunjukkan hukuman 'secara lisan' itu tidak bersangkut paut dengan impak negatif jika ibu tersebut sering memberikan perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak mereka.
Kajian terdahulu juga melaporkan tabiat memukul
anak sering berlaku kepada keluarga berpendapatan rendah.
Sering dipukul akan menjadi pemukul
dari jinggo
ayahku seorang ahli gusti.
kita sekadar berkongsi satu lagi cerita yang mungkin selama ini
kita abaikan kepentingannya.
dipukul.diherdik.ditengking.dihina.digertak.
satu lagi proses mendidik yang turun temurun.
DIKATAKAN : BAGAIMANA MAKAYAH KITA MENDIDIK KITA
BEGITU KITA AKAN MENDIDIK ANAK2 KITA.
sejauhmana perubahan hari ini
memerlukan perubahan pendekatan.
PENGALAMAN JINGGO
ayah memang seorang yang boleh dikelompokkan sebagai seorang
ayah ala2 Saddam Hussein.
pendekatannya keras.
hasilnya.
kami kadang2 sampai kehari ini macam
ITIK DAN AYAM.
dalam bahasa akademiknya ini dinamakan
CARTA SIKAP
ayah telah membentuk satu identiti @ titik hitam.
melintas namanya cukup untuk mengambarkan sikapnya dahulu.
walaupun zahirnya
TIDAK.

Ahad, 27 Disember 2009

kecantikan sebenar.............

Sememangnya ramai di antara kita yang lebih memberi perhatian kepada kecantikan fizikal. Rupa wajah, pakaian dan hiasan luar antara aspek yang diberi penekanan.
Namun kecantikan dalaman tidak kurang pentingnya.
Apa yang dimaksudkan dengan kecantikan dalaman?
Dalam bahasa mudahnya, ia adalah pancaran keperibadian positif seseorang.
Kecantikan dalaman, yang boleh juga disebut sebagai keindahan dalaman (‘inner beauty’), memancarkan atribut seperti keperibadian, kecerdasan,
ketrampilan dan wawasan seseorang.
Kecantikan dalaman adalah konsep kecantikan atau keindahan keperibadian seseorang yang sejati.
Jika kita memilikinya,
bererti kita amat mengenali diri kita.
Kita tidak terlalu yakin diri atau sombong
tetapi tidak pula merendah diri, pemalu
dan takut melakukan sesuatu yang sewajarnya.
Kecantikan dalaman memberikan kita satu kekuatan atau keberanian.
Kecantikan dalaman boleh diperoleh dengan dua cara,
sama ada secara semulajadi atau
melalui proses interaksi dengan alam lingkungan.
Ada orang bernasib baik kerana memperoleh sifat ini sejak dilahir tetapi yang lainnya terpaksa membatinkannya melalui proses pembelajaran dengan alam sekeliling.
Soalnya bagaimana hendak membangunkan kecantikan
daripada dalam diri kita?
Pertama
kita mulai dengan mengenal diri kita yang sebenar-benarnya. Kita harus berani mengakui kelemahan, kekurangan, kelebihan dan keunggulan kita.
Malahan kita harus berlapang dada menerima kritikan dan saranan daripada orang lain kerana mungkin tidak semua sisi diri kita yang mampu kita mengenalinya.
Kedua
lihatlah dunia sekeliling dengan pandangan positif.
Jangan buruk sangka dan cubalah untuk melihat sesuatu kekurangan
dengan mencari sisi positifnya.
Memang tidak semua hal yang terjadi sesuai dengan keinginan kita. Kalau ada hal yang tidak sesuai, kita harus ikhlas menerima bahawa inilah bahagian hidup yang harus kita jalankan saat ini. Kita hanya perlu melihat sisi positif atau hikmah daripada pengalaman kita, harapannya adalah kita belajar dari pengalaman itu agar kelak dapat lebih baik lagi. Berfikiran positif dapat membantu kita merasa lebih baik dan berlaku realistik.
DARI JINGGO
kecantikan sosial VS kecantikan fizikal
ini satu lagi kepentingan yang semakin jauh diabaikan.
kita kembali kepada beberapa berbincangan sebelum nya.
KENAPA ORANG SUKA DAN SENANG DGN KITA.
kajian besar menyatakan.
kesenangan kita bukan berfaktor kepada
pandangan fizikal semata.
jadi jangan abaikan kepentingan pembinaan kecantikan dalaman.

nikmat sakit............


Kadang ada menariknya hidup ini
KITA LIHAT BEGINI
kenapa kita disakitkan
kita dibencanakan
kita dimeranakan
KITA TERASA DUNIA DAN HIDUP
SEAKAN TIDAK ADIL
kenapa kita
DIPILIH.
kita lihat dari sudut lain.
KITA MEMANG DIPILIH
untuk mendekatkan diri sejarak demi sejarak dengan Allah
hidup ini tidak apa yang boleh lari dari ketentuanNya.
DAN TIDAK AKAN BERLAKU SESUATU
TANPA ADA MAKNA
tidak berlaku sesuatu dengan makna yang sia2.
dari jinggo
tanya kepada penduduk di Acheh.
apakah erti kesakitan
dan tanya juga kepada jinggo
apa erti kesakitan.
TANYALAH KEPADA SEORANG YANG DIPILIH.
alangkah malang dan jahilnya manusia ini
kalau di ' sakit ' kan.
dan tidak timbul sedikit pun kesedaran.
DAN KITA PERCAYALAH
tidak berlaku sesuatu dengan sia2.
dan kepada rakan2 yang disakitkan.
mari kita menikmati kesakitan yang tentunya
KITA DIPILIH UNTUK MERASAKAN.
jangan salahkan sesiapa
menurut seorang pujangga menyatakan
HIDUP INI ADALAH PROSES YANG BERANSUR2.

Sabtu, 26 Disember 2009

damainya...

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua..
KETIGA
Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu’, maka tunaikanlah.
KELIMA
Pabila mengatakan, ‘Maaf’, tenunglah matanya.
KEENAM
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KETUJUH.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KELAPAN
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman.
Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEMBILAN
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KESEPULUH
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan
melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KESEBELAS.
Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengar seseorang bersin.
KEDUABELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETIGABELAS.
Berpeganglah kepada tiga
R:1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KEEMPATBELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar
.
KELIMABELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan,
usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEENAMBELAS
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.
Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KETUJUHBELAS
Ada ketikanya anda perlu bersendirian
.
DARI JINGGO
softskill.
satu kemahiran hidup yang mendamaikan.
tidak mudah untuk didatangkan
kerana ini persoalan karektor
perubahan buruk dan baik datangnya dari keinginan untuk tahu.
dimana harus diubah dan dikemaskan.
SEBAB DIYAKINI
satu senjata paling besar untuk bangun dan jatuhnya manusia
adalah kemahiran
komunikasi.

KITA PERNAH REMAJA JUGA....

Jalan2 kat ruang maya ini
facebook + myspace
terjumpa satu muka yang biasa.
CUMA IDENTITI
sedikit diubah sebab tak cukup umur barangkali.
CIS - MERIAH DUNIA MAYA RAIHANAH.
mula macam nak marah.
AKHIRNYA
ini zaman dia.
zaman yang sudah tidak ada permainan ' seremban '.
polis sentri.main kejor2.mandi sungai.main combot.curi rambutan.
INI ZAMAN ORANG MAIN DI INTERNET.
bersosial diinternet.
SESEKALI MAHU DIKONGSIKAN BEGINI.
R.E.M.A.J.A.
berdasarkan satu bacaan dipelik.
Risiko
menjaga anak2 remaja memang kita akan berhadapan dengan keadaan yang sama.risiko.dan rencam pembikinan.kehidupan hari ini - semakin menjadikan termasuk banyak perkara2 yang ' masuk dan keluar ' diluar lingkungan kefahaman mak ayah
Emosi
juga dikatakan - zaman ini musuh utama kepada anak2 adalah arahan
dan tentunya arahan datang dari makayah
jauh lebih serius bila makayah dijadikan musuh.
arahan.
Manja
satu tempoh masa yang mahu menyatakan aku harus diberikan perhatian.
suara aku.
gaya aku.
keinginan aku
harus diletakkan dihadapan.
mahukan perhatian.
Angan2
dikala beginilah yang lelaki mula nak jadi orang orang dewasa
yang perempuan mula nak jadi anak dara
yang lebih teruk zaman ini juga mula
belajar macamana nak jadi
' makayah '
cinta remaja penuh dengan angan2.
Juvana
kes yang dikaitkan dengan pemasalahan remaja dan jenayah sudah menjadi
satu kebiasan kepada kita.jiwa kacau.darah muda.semua mahu diurusakan dengan
berantakan.
Agresif
semua mahu disegerakan.
akal semuanya dilutut.cepat dan pantas.
DAN KITA PERNAH REMAJA
dari jinggo
ketamadunan mengubah banyak perkara
yang tidak diubah adalah asas kehidupan.
hukum alam tidak pernah berubah.
untuk itu mari kita sesekali jengok aktiviti anak2 remaja di alam maya.
sebab kita tidak mampu menyatakan tidak.
SEBAB KITA PERNAH REMAJA.

Jumaat, 25 Disember 2009

tanpa mahu salahkan sapa2


Bayangkan kita pada satu hari
jalan2 di pameran motor.
ADA PERMANDANGAN MACAM TU.
dan bagaimana kalau yang macam tu itu adalah anak dan sukusakat kita.
MELAYU ISLAM
duduk dibawah kepimpinan seorang yang beragama Islam
tidak mahu menyalah perempuan yang jahil pada situasi itu
tidak kuasa nak salahkan lelaki sememang sudah menjadi fitrahnya barangkali.
SOALNYA
siapa yang menyediakan ruang.
dan siapa yang mengizinkan dirinya di jadikan bahan begini.
KITA KEMBALI KEPADA ASAS.
dalam satu buku dinyatakan begini
PERCAYA
KEPERCAYAAN
dua perkara yang memberi perbezaan dari segi tindakan.
kepada wanita setengahnya percaya
aurat itu mesti tutup rambut
tapi ini bukan kepercayaannya.
jadi tutuplah rambut tidak yang lain.
dan begitu seterusnya kita membuat tafsiran
PERCAYA
bahawa ramadan itu adalah puasa
maka seterusnya kita berlapar tanpa ' dapat ' apa2.
DIMANA MULA ASAS
PERCAYA + KEPERCAYAAN.
saya percaya ini ada dokongan pakej awal
pembentukan insan itu sendiri
dari rumah ke sistem persekitaran ke sistem pentadbiran negara.
HARI INI
semuga yang ' mandi buih ' itu bukan sukusakat kita
dan bukan anak2 Melayu Islam kita.

Khamis, 24 Disember 2009

berbaloi ke....

SATU LAGI PERKONGSIAN
yang mahu saya mulakan dengan
MAAF
sudah 5 orang rakan mendatang bertanya dengan saya
JINGGO BERBALOI KE PERKAHWINAN KAMI
kisahnya sama
seorang isteri + seorang suami
isteri berkerja + suami duduk rumah
dunia sudah mula berpusing fitrahnya
ISTERI SIBUK2 MEMIKIRKAN KEBAJIKAN RUMAHTANGGA
segala urusan telah dibebankan.
dari kos bayaran ansuran rumah
sehingga bayar bill
KITA MULAKAN BEGINI.
keputusan peperiksaan
hasil kecemerlangan dalam bidang akademik hari ini
kebanyakkan adalah perempuan.
KEPUTUSAN KECEMERLANGAN
dikaitkan dengan pekerjaan yang baik
kemana perginya pelajar lelaki...
DARI SEKOLAH RENDAH
ke sekolah menengah ke Universiti.
komitmen pelajar lelaki di persoalkan
HASILNYA
semua yang terhebat adalah perempuan.
BUDAYA MELAYU SEAKAN2 TIDAK ' MEMBENARKAN '
WANITA MELAYU TIDAK BERKAHWIN
budaya sudah menyediakan label2 tertentu.
mahu tidak mahu berkahwinlah wanita cemerlang dengan lelaki yang biasa2.
hasilnya juga
BUDAYA MELAYU TIDAK ' MEMBENARKAN '
penceraian.
budaya melayu sering menyatakan kekuatan wanita melayu untuk bersangkabaik dengan keperluan persekitaran.... ini lah hebatnya wanita melayu yang mampu meletakkan ' cinta ' pada asas agama dan adat.
DARI JINGGO UNTUK RAKAN2
kesannya untuk cukup besar rosaknya sistem sosial bila kecemerlangan akademik dikaitkan dengan kerja yang bagus2. sistem pekerjaaan kita
masih tidak membenarkan bakat + potensi diatas.
dan menarik untuk kita lebarkan pengalaman ini.
INI JUGA KESAN DARIPADA KETIDAKMAMPUAN PELAJAR LELAKI
untuk serius dalam bidang akademik.
runtuh dan rosaknya sistem sosial.
KEPADA RAKAN2 YANG SUDI BERCERITA.
bila dikaitkan dengan isteri menanggung suami
saya rasa ia tidak adil untuk di hakimi sesiapa...
cuma hukum seakan tidak membenarkan keadaan sebegitu.
kerana nak bercerai di sebabkan faktor di atas...
SEKALI LAGI.
berbaloi ke...

kita berkem di facebook pulak ok !



SYDNEY: Bagi kebanyakan pasangan,
laman sosial Internet
seperti Facebook adalah cara untuk mengekalkan
hubungan dengan rakan.
Namun, kesan negatifnya semakin disedari dengan dakwaan terbaru menyatakan laman itu menjadi punca meningkatnya jumlah perceraian.
Menurut sebuah syarikat guaman, hampir satu daripada
lima tuntutan cerai yang diuruskannya menyebut
Facebook sebagai satu daripada punca.
Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan berkata: “Saya terdengar kakitangan saya berkata, ramai orang yang bercakap mereka mengetahui kecurangan teman hidup mereka dalam Facebook.
“Saya mengambil keputusan untuk mencari
bagaimana serius keadaan itu.
“Saya terkejut apabila mendapati 20 peratus daripada tuntutan
cerai merujuk kepada Facebook.
Pengkritik berkata, laman sosial Internet menarik golongan lemah untuk berlaku curang terhadap teman mereka. Suami atau isteri yang mengesyaki sesuatu, menggunakan laman itu untuk mencari bukti kecurangan pasangan mereka.
Pada masa sama, syarikat juga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan mengeluarkan perisian yang membolehkan pelanggan mengintip secara elektronik terhadap pasangan mereka.
DARI JINGGO
ini merupakan media baru untuk kita bersosial
ada niat yang tersendiri.
ada matlamat yang kita inginkan.
CUMA KADANG2 KITA TIDAK MENAFIKAN
ini jugalah ruang dan media yang memberi impak negetif
kehidupan sosial.
kajian juga menyatakan
KITA MENULIS BERDASARKAN : EMOSI SEMASA KITA.
kita menulis berdasarkan karektor kita
BERDASARKAN PENGALAMAN
saya dan mungkin kita berpeluang untuk memilih
kepada jinggo
CERITA JINGGO
merupakan cerita dari himpunan cerita sosial dan lingkungan akademik.
saya menulis berdasarkan apa yang saya baca.
DAN YANG PALING TENTUNYA.
blog dan facebook macam ' pejabat ' kedua saya.
disini ruang untuk melebar dan mengukuhkan kerjaya.
UNTUK MENGWUJUDKAN KELOMPOK
generasi menang - menang.

Rabu, 23 Disember 2009

Kem Wira Junior Selesai.





sekali lagi kita fikirkan dari sudut yang lain.
KITA MENDAPAT BANYAK DENGAN MEMBERI.
diberi kepercayaan menganjurkan Kem Wira Junior oleh ATM
ada cerita yang lain untuk dikongsikan.
SEMUA YANG DATANG ADALAH ANAK2 DIBAWAH
SELIAN UNIT PENDIDIKAN ATM
mungkin ruang untuk kami bercerita dari satu pegawai
kepada satu pegawai bukan mudah.
MELAINKAN
satu perlaksanaan Kem yang kami kirakan
KALAU YANG INI KAMI MEMBERI.
akan ada yang lain kami akan menerima.
UNTUK ITU
jangan persoalkan apa yang kita beri.

Ahad, 20 Disember 2009

banyaknya warna blog ni

Benarkah warna kesukaan boleh menjadi kayu ukur kepada rasa cinta seseorang? Walaupun ada pihak yang kurang bersetuju, namun adakalanya warna yang diwakili mampu menyatakan perasaan
sebenar kamu terhadap si dia.
Oleh itu, apa kata kita cuba mengukur cinta melalui warna. Apa yang penting, untuk melihat kejayaannya anda perlu mengetahui warna kesukaan anda serta pasangan.
Jangan sesekali berfikir bahawa menyukai warna yang sama, menjadikan kamu berdua sebagai pasangan yang serasi. Hakikatnya, cinta perlukan kombinasi warna yang berlainan agar cinta yang terjalin menjadi lebih ceria, harmoni dan romantis.
Merah + Biru
Si biru seorang yang suka beralah dan berjiwa lembut. Namun, jangan pula sesekali kamu mengambil kesempatan ke atas jiwanya yang lembut itu. Kebanyakan mereka yang menyukai warna biru seorang yang berjiwa seni.Si merah pula selalunya lebih agresif dan keras hati. Meraka selalunya tidak segan silu untuk melakukan langkah pertama asalkan apa yang mereka hajati terlaksana. Kalau boleh setiap apa yang mereka ingini harus diturutkan.Dalam konteks pasangan pula, kombinasi si merah dan si biru akan menjadikan hubungan yang terjalin lebih ceria. Apa yang paling penting adalah sikap saling bertolak ansur dan haruslah membina rasa persefahaman agar percintaan yang terjalin kekal untuk selamanya.
Hijau + Oren
Dua kombinasi warna yang agak kurang serasi. Ini kerana mereka yang menyukai warna ini dikatakan agak manja dan bukan seorang yang suka berdikari. Mereka juga dikatakan suka dibelai dan disayangi.Jika mereka tidak mendapat apa yang mereka mahukan dari insan tersayang, mereka mudah naik angin dan akhirnya hubungan yang terjalin putus di tengah jalan.Bagi pasangan yang mahu terus mencuba, mereka perlu selalu bersabar dan sentiasa berbincang apabila wujud sesuatu masalah yang menggugat perhubungan mereka. Dengan perbincangan dari hati ke hati, ia mampu menyelamatkan cinta yang terjalin di antara si hijau dan si oren.
Biru + Hijau
Kombinasi si biru dan si hijau dikatakan kombinasi yang paling sempurna. Tidak banyak masalah yang wujud di antara mereka kerana pasangan jenis ini saling sayang-menyayangi, bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain.Walaupun ada sahaja cabaran di dalam hubungan cinta mereka, mereka dengan mudah mengatasinya. Sikap mereka yang matang serta tidak mudah percaya kepada khabar angin menjadikan si biru dan si hijau cukup serasi bersama.Malah percintaan yang terjalin di antara si biru dan si hijau juga selalu dicemburui oleh rakan-rakan sekeliling. Namun mereka tidak pernah merasa bangga diri kerana percaya setiap orang berhak untuk mencari kebahagiaan sendiri.
Merah + Oren
Kombinasi warna merah dan oren pula dikatakan kurang sesuai. Ini kerana personaliti mereka yang menyukai kedua-dua warna ini dikatakan sangat agresif dan lasak.Jika menjalinkan hubungan yang istimewa sekalipun, mereka jarang menyatakan rasa cinta kepada pasangan. Ini kerana mereka lebih gemar mengamalkan konsep, cinta tidak perlu dinyatakan dengan perkataan-perkataan romantis, cukup sekadar perhatian yang diberikan.Oleh sebab itu, si merah dan si oren dikatakan kurang sesuai untuk bersama. Mereka seharusnya mencari seorang yang berjiwa halus dan romantik agar jiwa mereka yang keras itu dapat dilembutkan. Rasanya si biru cukup sesuai buat mereka.
DARI JINGGO
kadang2 kita menafikan keperluan warna dalam kehidupan kita
kenapa kadang ada warna yang kita rasa
ngam dimata kita tidak ngam dimata orang lain.
INI ADA KAITAN BESAR
bagaimana pengaruh warna dalam pembentukan karektor seseorang.
dan ada kajian bagaimana pengaruh warna dalam membentuk penampilan diri.
SAYA JINGGO
merah dan jingga dikaitkan warna dengan yang ' panas '
warna untuk menyatakan semangat
kekuatan dalam yang sedang dibentuk.
DALAM BUKU KAJIAN AURA WARNA
menyatakan sifat dalam ' peminat ' warna2 panas ini berbeza.
dan begitulah juga sebaliknya.

Sabtu, 19 Disember 2009

kita fikirkan sesama.

COPENHAGEN 18 Dis. – Negara-negara maju merupakan penyumbang terbesar kepada pelepasan karbon yang mengakibatkan pemanasan global dan mereka harus bersedia menebus kembali hutang itu dengan menyediakan dana mencukupi untuk menangani krisis perubahan iklim.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dari segi prinsipnya adalah adil dan wajar negara-negara maju membayar balik hutang kepada dunia sekarang kerana merekalah penyebab utama kepada pemanasan global.
INI MUNGKIN SATU LAGI KOMITMEN
kita ketepikan persoalan cakap2 politik
saya lama berada dalam industri yang mungkin selama ini
menjadi sebahagian
cerita kecil dari cerita2 besar yang lain.
mengajak masyarakat setempat melihat dunia dari sudut lain.
KITA ABAIKAN KEBAJIKAN BUMI INI BERTAHUN
4.6 billion tahun bumi dizahirkan untuk kita nikmati.
atas apa yang kita namakan ketamadunan satu persatu prinsip
KEDAMAIAN BERSAMA ALAM
kita gadaikan.
langit yang biru kita hitamkan
sungai mengalir umpama longkang2 besar
hujan menhijau bertukar warna.
KITA DIAZABKAN
pemanasan global yang kesannya bukan sedikit.
ketipisan lapisan ozon yang tidak mungkin kita ' sembuh ' dalam
tempuh yang cepat.
dan satu persatu.
KITA ABAIKAN
isu2 yang dikaitkan dengan persoalan ini - diletakkan jauh dari komitmen
yang mahu dianggap berterusan.
KOMITMEN BERMUSIM.
sedang percayalah rakan2.
PENCEMARAN TIDAK BERSEMPADAN
AMARAH ALAM JUGA TIDAK BERSEMPADAN.
dari jinggo
saya lama dalam industri yang dikaitkan dengan usaha DAHWAH dalam bidang ini.dari pra- sekolah ke maktab perguruan.kami diantara agensi yang dibayar untuk menyebarkan info demi info yang dikaitkan dengan pendidikan dan kesedaran alam sekitar.
hasilnya.
kami selesaikan tangungjawab semasa.
tangungjawab seterusnya.
KITA BERADA DIDALAM SEBUAH NEGARA YANG
MELETAKKAN POLITIK DIATAS SEGALA
' polical will ' + keinginan politik.
itu adalah jawapan kepada soalan demi soalan
kenapa persoalan ini tidak pernah selesai.

Jumaat, 18 Disember 2009

sibuknya hari.


Tahun Baru yang sama aja.
abi ni apa lah
ORANG CUTI
ABI KERJA
orang kerja abi cuti.
MAHU SAHAJA DIJAWAB BEGINI.
abi seorang pejuang.
memang menjadi seorang pejuang mungkin begini gamaknya.
ADAKAH INI JAWAPAN
atau alasan.
YANG PASTI
21 - 23 DES 2009
untuk pertama kali kami akan bersama
Unit Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia.
dibawah seliaan Unit Pendidikan ATM
akan mengendalikan
KEM JATIDIRI
untuk anak2 ATM
yang pasti lagi.
ASKAR2 DAH MULA
berkumpul di kem.menyediakan apa2 yang patut.
kerusi yang tak ada diadakan
tikar yg buruk di tukarkan
khemah yang dah sengget di tukar juga.
semak samun kat belakang kem - dah terang.
SEMUA BERGERAK ATAS
ARAHAN.
dan kami.
terima kasih kerana kepercayaan.

Khamis, 17 Disember 2009

jangan jadi monyet

dikisahkan begini
satu pemerhatian dibuat keatas empat ekor monyet yang
diletakkan dalam satu sangkar.
sebiji buah pisang digantung ditengah2 sangkar tersebut.
melihat pisang tersebut.
semua monyet datang untuk mengambil pisang tersebut.
NAMUN
setiap kali monyet tersebut mahu menghampiri pisang
si pemerhati akan memancutkan air dengan
deras kearah monyet tersebut.
HAL INI BERTERUSAN HINGGA SEMUA
MONYET ITU TAHU AKAN BAHAYA
UNTUK MENDAPAT KAN PISANG TERSEBUT.
seekor monyet di keluarkan
dan dimasukkan monyet baru
dan melihat ada pisang tergantung
monyet baru cuba menghampiri
DAN MONYET LAIN AKAN BERTERIAK
bahaya.
AKHIRNYA.
seekor demi seekor monyet dikeluarkan
dan dimasukkan yang baru yg jumlahnya empat ekor.
BILA
air sudah tidak disemburkan.
monyet2 itu tetap tidak berani menghampiri pisang tersebut.
PENGAJARAN PADA KITA.
kadang2 dalam kehidupan seharian.
ramai diantara kita melakukan sesuatu tanpa tahu mengapa
perkara itu dilakukan dan mengapa ada pula yang dilarang
TERUTAMANYA DALAM KONTEKS MENDIDIK.
ibubapa memberi larangan tanpa sebab.
dan anak2 akan mencari jawapan diluar.

Rabu, 16 Disember 2009

kita ada mimpi...

KITA ADA IMPIAN.
dihujung tahun
diawal tahun
AZAM BARU
KEINGINAN BARU.
ada yang mampu dizahirkan
ada yang sekadar cerita.
KEPADA JINGGO
proses dimana saya diajar dan belajar terlalu
menarik untuk dikongsikan
AMAT MALANG
kalau saya simpan ilmu yang mana saya telah dipilih
belajar dalam situasi yang berbeza
SATUNYA
adalah proses membikin manusia.
SETERUSNYA
impian + azam.
cari rumah kedai.
Pusat Bimbingan Pelajar
bukan Pusat Tusyen.
saya mengambil kira pengalaman berurusan dengan DBKL - dimana satu unit
yang menguruskan Pusat Pembimbingan Pelajar @ Remaja yg dikendalikan sepenuhnya
oleh Unit Sosial DBKL - NADI.
TEMPAT BELAJAR dan BERSOSIAL
sebab kalau kita mengambil kira satu daripada pemasalahan paling
besar kepada pelajar kita adalah
FOKUS.
mulanya dari tempat belajar yang tidak praktikal untuk belajar.
jadi pusat bimbingan adalah tempat untuk pelajar belajar
tempat semua aktiviti sosial yang sesuai akan dijalankan disini.
DAN SAYA AKAN BEKERJA UNTUK ITU.

Selasa, 15 Disember 2009

hebatnya manusia ini...

KITA KONGSIKAN BEGINI.
cukup menarik pertemuan yang mahu dikongsikan
seorang manusia yang mungkin sesiapa
yang sudah biasa dengan
buku dan bidang pembanggunan manusia.
akan jumpa manusia ini
AHMAD FAISAL MOHAMAD YUSOF
seorang yang memberi jiwa untuk mempastikan
manusia dipaksi yang betul
KITA KONGSI LAGI CERITA INI
kesemua kita adalah pekerja.
bekerja terbahagi kepada tiga kumpulan besar
OCCUPATION
berkerja sekadar bekerja.baginya tidak penting untuk apa peningkatan
dalam bidang kerjaya.cukup dapat gaji dan stop.
yang penting cukup bulan gaji.
PROFESSION
kelompok jenis ini tidak hanya bekerja bagi menunaikan tanggungjawab
tetapi sentiasa memikirkan bagaimana untuk meningkatkan
kualiti tugas dan pekerjaannya.
VACATION
orang dalam kelompok ini tidak lagi memikirkan soal
apa aku akan dapat.
tetapi apa yg aku dapat beri
setiap ruang dan peluang akan diberikan untuk mempastikan
ada penambahbaikan satu organisasi yang diduduki.
DARI JINGGO
hari ini berjumpa
dan bersembang panjang dengan EnFaisal
saya buat kesimpulan besar terhadap
siapa jinggo
siapa EnFaisal
dan siapa kita dan kita.
untuk difikirkan.
SAYA YAKIN DAN PERCAYA.
ramai orang hebat lahir daripada keinginan dalamannya
untuk mempastikan
APA JUA YANG DILAKUKAN HARI
mesti lebih baik dari semalam.
ruang dan peluang terbuka luas.
sebagai pendidik
sebagai pelajar
sebagai YB
sebagai apa sahaja
JANGAN JADIKAN KERJA KITA
sebagai
OCCUPATION
kata2 biasa yang pernah kita dengar dari dalam kelompok ini
bior lantak apa kamu nak jadi
cukup bulan aku dapat gaji.

Isnin, 14 Disember 2009

skill membeli kawan.................

majlis bersama rakan2 motivator dan facebook
di Program WargaPrihatin.Bangi
Kalau boleh dikatakan begitu.
TIDAK RAMAI ORANG DIANUGERAHKAN
bakat berkawan.
tapi hari ini ada jalan mudah untuk berkawan.
BUKAN SEKADAR KAWAN.
terima dan daftar menjadi ahli mana2 gang MLM
dan kita kawan dengan nilaian duit pendaftaran tue.
kita akan dijaga.
BUKAN SEKADAR DIJAGA
malah kadang2 seluruh kebajikan hidup kita akan diambil tahu
CERITANYA BEGINI.
menurut Benjamin Disraeli dalam bukunya
berhati2 pada usaha untuk segera menjadi orang besar
usaha seperti itu mungkin berjaya satu dalam seribu
kecil sekali peluang ini
KITA LIHAT PULA DARI SUDUT LAIN
hidup dikaitkan dengan perjuangan.
macam ulat beluncas mahu keluar kepompong.
proses untuk keluar kepompong bukannya sesuatu yang mudah.
proses ini lah yang menjadi ianya kuat.
BERJUANG ITU MACAM MAIN BOLA SEPAK
kita memerlukan
SKILL
kemahiran untuk berjuang dan berjaya
SPEED
kepantasan untuk bertindak
SPIRIT
semangat dan komitmen + disiplin
SPACE
ruang @ media untuk bertindak
SYSTEM
kemahiran bagaimana untuk merancang kejayaan.
dari jinggo
dalam semua hal
tidak ada jalan mudah dan
JALAN PINTAS.

Ahad, 13 Disember 2009

mari kita fikirkan sama2

SATU PENGALAMAN
yang orang bujang tak tahu
ANAK2 DAN AKTIVITI BERMAIN2.
kenapa anak2 bermain-main...
adalah pekerjaan
tak bermain bermakna
tak bekerja.
TAPI MACAMANA KALAU BERMAIN DALAM KERETA.
mungkin ramai diantara kita ada pengalaman yang sama.
bermain yang sudahnya bergaduh
bermain yang sudahnya ada yang menjerit dan menangis.
ceritanya sama.
kadang2 nak kan lokasi terbaik untuk dapatkan aircond.
dan kadang2 yang macam2.
KEPADA YANG MEMANDU DIKALA ITU
BAGAIMANA.
dengan jalan yang semakin tidak sempurna
dengan tabiat memandu yang semakin mengerunkan.
EMOSI TERCALAR
dan tercabar.
JADI APA TINDAKAN KITA.
tukar kereta beli besar sikit
sama2 menjerit.
ataupun sama2 rancang aktiviti dalam kereta.
berkuiz.berkaraoke.membaca.
ada yang pasang TV dalam kereta.
APA LAGI.
kesimpulan.
jangan main2 dengan aktiviti anak2 dalam kereta.
bukan tidak pernah berlaku.
kemalangan disebab asas yang sama.
BERMAIN ADALAH PEKERJAAN.

Sabtu, 12 Disember 2009

hai pak cik jinggo....

Suatu hari dalam mood yang tidak berapa sempurna.
PAK CIK BOLEH TOLONG.
saya nak minta padangan.
lokasi di sebuah Universiti.ada jinggo.ada seorang student cantik.dengan kerja dan soalan2.
menyiapkan tesis dalam bidang komunikasi.
dan mencari ' orang2 ' untuk menyempurnakan soalan.
DISEBABKAN PAK CIK.
mood semakin tidak sempurna.
TERUK SANGAT KE DENGAN PANGGILAN TU.
memang teruk.itu bukan bahasa sosial yang mampu mengikat
kita dalam mana2 hubungan seterusnya.
INI YANG TERLOPONGNYA SISTEM YANG KITA ADA.
softskill.
saya kongsikan bahan bacaan ini untuk dikongsikan.
dalam komunikasi hadapan ada 3 perkara yang WAJIB kita jadikan ingatan
PENERIMA
PERSETUJUAN
PERNGHARGAAN
penerima
dikaitkan dengan bagaimana diri kita diterima dalam kelompok komunikasi tersebut.
kajian dibuat keatas bekas banduan.
kenapa mereka mahu kembali ke penjara.
sebab tidak diterima.
untuk diterima kita mesti menerima orang lain tanpa syarat.
persetujuan
kadang2 ada kala ketikanya kita berselisih kata.
sukar untuk menyatakan ya pada pandangan orang lain.
untuk mengubah pandangan orang lain mesti
bermula kita bersetuju dengan pandangannya.
penghargaan.
sebagimana kata dale carnigie
fitrah manusia suka dianggap penting.
jadikan semua orang penting
kita makhluk yang suka
suara sendiri
pandangan sendiri
SEMUA BERKAITAN DENGAN DIRI
menurut John C.Maxwell
becoming a person of influence
kata2 yang paling tidak penting adalah
SAYA
kata2 yang paling penting
TERIMA KASIH
3 perkataan paling penting
SEMUA SUDAH DIMAAFKAN
empat perkataan yang amat penting
APA SEBENARNYA PANDANGAN KAMU
lima yang jangan diabaikan
KAMU SUDAH MELAKU PEKERJAAN ( yang ) HEBAT

sesiapa yang dah beli buku pertama Parlindungan ni - dapatkan yang terbaru dari beliau.

Eco Kid Adventure on Facebook

layan2


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com