Ahad, 10 Oktober 2010

nak berubah mesti ditegur....

"Orang yang dapat menegur orang lain
adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."
Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.
Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain.
Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.
Membina dan Meroboh
Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya,
teguran yang membina dan
yang statik dan jumud.
Manusia keseluruhannya mengharapkan
teguran yang membina bukan yang statik.
Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur
apabila dia yang memerlukan teguran tersebut.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan
terasa dan terus terseksa hati.
Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada
melakukan kesalahan,
yang berbeza hanya banyak dan sedikit.
Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut
adalah orang yang minimum kesalahannya.
Sebab itu kalau kita suka menegur,
kita mesti pastikan teguran itu di tuju
ke arah kita terlebih dahulu,
kemudian baru ke orang lain.
Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain.
Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.
Kata Hukama,
"Orang biasa akan marah apabila
dikritik oleh orang lain,
manakala orang yang mulia ialah mereka yang
memperbaiki diri daripada kritikan orang lain.
Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri.
Orang disekeliling adalah cermin bagi kita.
Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin.
Bukankah susah?
Ingat..
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur.
Ramai yang tidak mampu lakukan ini.
Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur.
Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu,
teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari
terhadap kesilapan orang lain,
sebenarnya 3 jari anda telah menuding
kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.
http://www.iluvislam.com/
DARI JINGGO
sudah menjadi fitrah manusia
teguran dan perubahan
bukan fitrah
kita menentang perubahan.
MANUSIA AKAN BERUBAH
KALAU DIA SUKA BERUBAH
jadi tentunya sebagai agen perubahan
kita seharusnya menjadi
SEKELOMPOK ORANG YANG DISUKAI
DALAM PROSES TEGUR MENEGUR.

3 ulasan:

Ruby berkata...

Salam....

Langkah pertama untuk berubah...

Sedia untuk ditegur...

Carilah orang yang boleh memberi teguran yang bermanfaat..

Kunang-Kunang berkata...

Salam Cikgu,

Banyak orang boleh menegur, tapi sedikit rasanya yang sanggup menerima teguran terutama dalam kalangan yang selalu 'menegur'.

Banyak jenis yang 'kuman diseberang lautan, dia boleh nampak, gaja didepan mana terlepas pandang'.

Bila berani menegur, kena sanggup pula menerima bila ditegur.

zai berkata...

Salam Jinggo...

Nak menegur kesalahan org lain ni pun kena ada skill..kdg2 bila kita menjadi org atasan kita selalu menggunakan ayat2 yg sangat menyakitkan hati org2 bawahan..ASAL teguran utk membina terus menjadi DENDAM YG TAK BERKESUDAHAN dan berakhir dengan kebencian pula nanti..

Eco Kid Adventure on Facebook

layan2


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com