Isnin, 23 Mei 2011

kahwin lewat....

KUCHING: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi.
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr Anjli Doshi Gandhi berkata fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi perkahwinan.
Beliau berkata data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.
"Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai," katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara (DKN)peringkat negeri Sarawak, yang di hadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah di sini, Isnin.
Beliau berkata bagi lelaki pula, keadaan kewangan yang belum stabil adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an belum berkahwin.
Sementara itu, Fatimah dalam ucapannya berkata satu pertiga dari 27.5 juta penduduk di negara ini terdiri daripada mereka yang berumur 15 tahun ke bawah dan akan memasuki usia perkahwinan menjelang 2020.
Beliau berkata satu dasar yang komprehensif amat diperlukan dalam menghadapi cabaran pembangunan keluarga kerana golongan itu akan memberi kesan kepada penambahan isi rumah yang berlipat kali ganda dari jumlah sekitar 6.3 juta yang ada sekarang.-BERNAMA
DARI JINGGO
Kahwin lewat
KITA DAN BUDAYA SEMASA
Kadang2 ada semacam perubahan yang harus diterima
Walaupun sukar.
KAHWIN LEWAT
Dapat anak lewat
Bayangkan dikala umur 40 an masih sibuk2 menganti lampin anak2.
Nampak janggal.
Dikala umor hari ini dah macam atuk
Kita masih menunggu anak balik sekolah – darjah satu
INILAH PERUBAHAN.

2 ulasan:

Tirana berkata...

Dalam keadaan sekarang, semua harga tengah naik tentu sedikit sebanyak menakutkan yang belum kawin untuk mendirikan rumahtangga terutama pagi lelaki. Takut tak mampu nak tanggung anak isteri..

HayatRaihan berkata...

kawen lewat?rasanya seperti terpanggil utk datang ke blog cikgu jinggo ni...haha..dah lama tak jenguk..

Oh,bagi saya ..kawen lewat tak salah..walaupun pada pandangan naluri saya sendiri yang memang ingin kawen awal..di usia 20-an adalah masa utk mengerah semua tenaga yang ada..dan merancang perjalanan hidup...buat yang mendapat rezeki lebih..dapat jodoh awal..alhamdulillah..

buat yang lambat datang jodoh tu..perkayakan diri anda..dengan amalan..dan pengetahuan..persiapkan diri..tingkatkan motivasi..dan selalu positif utk hidup

Eco Kid Adventure on Facebook

layan2


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com