Khamis, 25 Ogos 2011

cerita hari ini............

HIDUP KITA ADALAH HARI INI.
Hari ini adalah tindakan.
Kita meninggalkan hari
SEMALAM
Kita berimpian hari
HADAPAN
Tapi hari ini adalah kita.
Dan tentunya semua kita hari ini
Bermula dari semalam
Dan tentunya siapa kita akan datang
Bermula dari tindakan
HARI INI.
Kadang2 kita dibuai dengan cerita
Ketidaksempurnaan kita semalam
SEHINGGAKAN KITA
SIMPULKAN
Apakah hari hadapan kita
Akan diwarnakan oleh hari semalam
DARI JINGGO
Biar apa cerita semalam
Kita ditinggal 2 perkara
PENGALAMAN
Kita jadikan cerita semalam
Sebagai garis panduan kita untuk
Mulakan penambahbaikan diri
KENANGAN
Kita jadi cerita semalam
Sebagai noktah.
Kita tidak mencuba lagi.
CUKUP CERITA SEMALAM.
Yang pasti.
BAGUSNYA KITA HARI INI
Kerana tindakan
Kita merentasi hari2 hadapan
Bermula dari hari ini.

komitmen.





CERITA MENGENAI KOMITMEN
Sebab ukuran kita
Bukan pada cakap2
PADA TINDAKAN
Apa tunggu lagi
RUANG SUDAH DISEDIAKAN
Hari ini
BERSAMA TEAM – MAPIM
Mimbar muafakat keibupaan msia.
ADA CERITA
Yang dikongsi selepas ini
Bagaimana mahu memperkasakan
PARENT sebagai satu kekuatan
Dalam proses pembentukan insan

sanggup kah kita..

ULAT BELUNCAS DIGAMBARKAN
Seekor haiwan yang harus dihindari
Ada yang sanggup membunuhnya
Yang pasti menjijik.
Dikatakan juga haiwan yang merosak tanaman
BEZANYA DENGAN KUPU2
Lambang keindahan
Cepat dan lincah
Membantu penyebaran biji benih
TAPI KEDUANYA ADA SATU.
Ceritanya begini.
Pada suatu hari
Seorang ulat beluncas meneruskan rutin harian
Berjumpa dengan seekor kupu2.
MAKA MEREKA BERKENALAN
Engkau siapa – Tanya ulat
Aku ibu kamu – kata kupu2
TAPI KENAPA KITA BERBEZA
Aku dulu seperti kamu , seekor ulat
Kamu juga boleh seperti aku
Boleh terbang kemana2.
DENGAN SYARAT
PERTAMA
Tak boleh makan daun
KEDUA
Kamu kena berpuasa dan menahan semua godaan
KETIGA
Setelah beberapa hari kamu akan mengeluarkan
Air liur yang sangat banyak.maka lilitlah tubuh kamu
Dengan air tersebut.yang mana akhirnya akan
Membentuk kepompong
Kamu duduk diam didalamnya sampai kamu
Mempunyai sayap , mempunyai kaki yang baru
Mempunyai belalai untuk menghisap madu

KAMU PERLU MENAHAN SEGALA GODAAN.
Setelah itu kamu boleh keluar dan terbang
SEBAGAI KUPU – KUPU
Maka beberapa2 hari kemudian
Berlaku berdebatan dikalangan ulat2
Yang ada diantara mempersoalan kenapa
MESTI PUASA DARI MAKAN DAUN2
Masa berjalan.
Ada diantara ulat2 putus asa.
DENGAN SUARA2 DIKALANGAN MEREKA SENDIRI
DIPENDEKKAN
Tiba2 dalam kepompong tersebut
Muncul suatu mahluk yang begitu indah.
ITULAH KUPU2.
Dari jinggo
KEJAYAAN
Perlu ada harga yang perlu dibayar
Harga mungkin dalam bentuk
RISIKO
PENGORBANAN
KESAKITAN.
Untuk itu
Sanggupkah kita membayar.

Rabu, 24 Ogos 2011

suka cari musuh..........

ADA TAK DIMANA2 – MENGENAI DIRI KITA
Gemar menkritik orang
Tidak percaya pada orang lain
Bangga diri
Kurang bertolakansur
Tidak mengambil berat masalah orang lain
Tidak suka dikritik
Mudah melenting
Meradang dengan ketidakadilan
Sukar menerima orang lain
Berasa seperti bom jangka
KALAU ADA.
ITU SINDROM BERMUSUHAN
Orang yang gemar bermusuh juga sering
Kelihatan sedih dan disalah anggap.
Mereka merasa diabaikan.
Mereka terperangkap dalam pusingan
Tidak dapat memuaskan perasaan
Diri sendiir , merasa gagal , tewas , ditolak
Pandangan tidak diterima dan kurangnya
Kejayaan diri.
DAN LAGI
Kajian selama 25 tahun keatas
Doktor dan peguam mendapati
Ada kaitkan antara sakit jantung
dan bermusuhan
Doktor yang pemarah didapati
berpotensi berhadapan masalah jantung
berbanding doktor yang penyabar
DAN LAGI
Mereka yang terus marah didapati
Kurang bersenam.
Kurang menjaga penampilan diri
Tidak cukup tidur
Kuat merokok
SETERUSNYA
Sifat bermusuhan biasanya bepunca
Daripada rasa marah.
3 pilihan untuk mengawal perasaan tersebut
MENGUBAH
MENGELAK
MENYESUAIKAN DIRI

- rujukan buku kekuatan emosi -

KITA BERBEZA


KITA BERANTAKAN SEBAB KITA TAK TAHU
Yang kita tuhan jadikan berbeza.
LELAKI UMUMNYA MAHU
Dipercayai
Dihargai
Dikagumi
DIBERIKAN GALAKAN
TINDAKAN MEREKA BETUL
PEREMPUAN UMUMNYA MAHU
Disayangi
Difahami
Dihormati
Kasih sayang
Diberi keyakinan
PERASAAN MEREKA MAU
DIANGGAP BETUL
DARI JINGGO
Itulah sebahagian dari cerita
Lelaki – perempuan
Yang kita umpama
MEN ARE FROM MARS
WOMEN ARE FROM VENUS.
Kita berbeza.

diam itu mati....

SEBUAH CERITA MENULIS BEGINI
Bilakah waktu terbaik untuk melakukan sesuatu ?
Siapakah yang paling penting untuk diajak bekerja bersama ?
Apakah yang paling penting dilaku ?
JAWAPANNYA
Waktu terbaik adalah
SEKARANG
Orang yang paling penting bersama kita
ORANG YANG BERSAMA KITA SEKARANG
Hal yang paling penting.
ADALAH MEMBUATKAN ORANG LAIN
YANG BERADA DISAMPING KITA BAHAGIA
Kesimpulannya
Yang penting adalah sekarang.
Hidup kita adalah sekarang
DARI JINGGO
Itu cerita kita dan masa
Kita adalah sekarang
Mahu ataupun tidak
KITA MESTI BERGERAK
Diam itu Mati
Pandangan seorang ahli Sufi
DIAM ITU MATI

Selasa, 23 Ogos 2011

dimana nak mulakan


INGIN MENGENAL DUNIA
MEMBACA
INGIN DIKENAL DUNIA
MENULIS
Dimana nak mulakan.
Jauh disudut keinginan.
MAHU MENULIS SEBUAH CERITA
Mengenai jinggo dan persekitaran
PERJALANAN.YANG TIDAK MUDAH
Satu cerita mengenai perubahan demi perubahan
SEBAGAIMANA PEPATAH ARAB
Dekatilah kepada orang2 yang berjaya
Perhatikan perbuatan mereka
Kemudian ikuti sesudah anda mengamati
Jika anda melakukan hal tersebut
Maka anda tidak sahaja seperti mereka
BAHKAN , ANDA AKAN
LEBIH UNGGUL DARI MEREKA
Dimana nak mulakan.

Ahad, 21 Ogos 2011

apa kelebihan kita....

Kata kura2 kepada arnab setelah memenangi
PERTANDINGAN KLASIK
Engkau dikalah dengan perasaan bahawa
Engkau memiliki kelebihan.
SATU PANDANGAN
Sebuah buku menyatakan.
KELEBEBIHAN YANG DIBERIKAN
Kadang2 mampu menjadi penghalang
Untuk proses penambahbaikkan diri
SEHINGGA SEORANG PENYAIR ARAB MENYATAKAN
Engkau memilih untuk menjadi perempuan
Cantik atau perempuan yang cerdas
DARI JINGGO
Ada betulnya pandangan itu
Kekurangan merupakan satu factor pendesak
Untuk dijadikan sebagai satu lonjakan dalaman
KITA MESTI BERUBAH.
Untuk itu kita fikirkan dimana kita.

Sabtu, 20 Ogos 2011

kisah kesempatan.

Ada kisah yang menarik mahu dikongsikan
SEORANG TUA YANG DUDUK DISEBUAH
RUMAH USANG DAN BOCOR
Ketika hujan turun – rumah penuh dengan air dan bocor.
KISAHNYA BERMULA
Bila orang tua itu didatangi oleh beberapa sahabat.
HUJAN TURUN
Seorang sahabat bertanya.
TAK MAHU BAIKI KE ATAP YG BOCOR
Jawab orang tua itu
ADAKAH KALIAN TIDAK MEMPUNYA MATA
KAN DILUAR HUJAN LEBAT.
Dan beberapa ketika lain ketika hari panas
Sahabat kembali bertanya
Jawab orang tua itu.
ADAKAH KALIAN TIDAK MEMPUNYAI MATA
KAN HARI PANAS KENAPA AKU

HARUS BAIKI ATAP RUMAHKU.
Dari Jinggo
Itulah cerita sebahagian dari kita.
MANAKAH YANG LEBIH BANYAK

MENDESAK KITA UNTUK BERUBAH
DIKALA PELUANG YANG SUSAH ATAU

PELUANG YANG MENYENANGKAN.
Kita fikirkan.

Rabu, 17 Ogos 2011

terus menulis....

MASYARAKAT HARI INI DIKATAKAN
Dipenuhi dengan orang- orang yang
Suka mencari kesilapan orang lain
RAMAI TIDAK MAHU MEMIKUL TANGUNGJAWAB
Mengelak dari dipertangungjawabkan
HASILNYA
PENYAKIT PSIKOSOMANTIK
Menurut kajian pakar
Perasaan negetif itu akan member kesan
dan menyebabkan pelbagai penyakit jenis
PSIKOSOMANTIK
Apabila individu itu dipenuhi dengan perasaan2
Seperti marah.geram.dendam dan negetif
PENYAKIT
Biasanya seperti deman.pening kepala.
Ulser.tegang otot dan beberapa penyakit lain
Yang menjadi tanda ketidakstabilan..
DARI JINGGO
Kita adalah apa yg
KITA FIKIRKAN.
Berbaiksangka dengan semua aturan.

Selasa, 9 Ogos 2011

nak berjaya

NAK BERJAYA
SEMUA ADA KEINGINAN YANG SAMA
BAGAIMANA
Satu bahan mahu dikongsikan dari
H.L HUNT SEORANG JUTUWAN MINYAK
Kita kongsikan pandangan beli
au
ADA MATLAMAT
TENTUKAN PENGORBANAN YG PERLU DILAKUKAN
SANGGUP MELAKUKAN PENGORBANAN TERSEBUT
DARI JINGGO
Itu yg membezakan
SANGGUP MELAKUKAN PENGORBANAN
Dan sudah tentu kejayaan ada
HARGA YANG PERLU DIBAYAR.
Pengorbanan.
Eco Kid Adventure on Facebook

layan2


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com